Kolum
4 comments

7 Fakta Menarik Mengenai Suhaimi Saad

by on May 17, 2014
 

Suhaimi Saad – Namanya menjadi antara carian tertinggi di laman web Munsyeed Dot Com. Mempunyai personaliti yang menarik, Suhaimi kini bergerak solo dan aktif memenuhi jemputan persembahan pentas di serata Malaysia.

Melalui segmen “7 Perkara Menarik Mengenai Artis” ini, kami akan kongsikan 7 fakta menarik mengenai Suhaimi Saad untuk tatapan anda. Enjoy!

  • Sejak bergelar artis sehinggalah sekarang, pewangi rasmi Suhaimi Saad adalah WM White Musk.
  • Suhaimi obses terhadap laksa dan disebabkan minatnya itu, beliau belajar memasak laksa sehingga pandai. (Admin pernah makan laksa Suhaimi, Memang sedap dan pekat!)
  • 4 angka terakhir di nombor MyKad Suhaimi adalah 5769. Manakala isterinya pula (Ina Naim) 5768. Lebih menarik lagi, nombor rumah keluarga Suhaimi di Pahang dan nombor rumah keluarga Ina Naim di Johor adalah sama iaitu 223.
  • Suhaimi mempunyai bakat menulis khat dan melukis. (Lawa tulisan khat Suhaimi. Kami baru sahaja tempah untuk ulangtahun ke-4 kami tahun ini)
  • Suhaimi mempunyai 4 album solo yang diterbitkan oleh 4 syarikat rakaman berbeza.
    1. Kias Cinta – Hijjaz Records.
    2. Kalamak – Strategic Communication.
    3. Zikir, Selawat & Doa – I Art Media.
    4. Album baru dengan Arteffects International.
  • Suhaimi merupakan artis solo yang tidak pernah ‘miming’ ketika membuat persembahan. Semuanya live! :)
  • Menurut Suhaimi, rekod paling pantas beliau merakamkan sesebuah lagu adalah kurang 10 minit. (Ada sesetengah artis sampai sehari suntuk!)

Orang kata, “Tak kenal maka tak cinta.”. Semoga segmen ini akan menjadi ruangan santai untuk para pembaca mengetahui fakta-fakta menarik mengenai artis kesayangan anda.

Kepada Suhaimi Saad, sejujurnya kami tersenyum apabila menulis satu demi satu fakta menarik ini sewaktu sesi temubual ringkas pagi tadi. Suhaimi memang seorang yang sporting. Semoga bakatnya akan terus bersinar dan bergemerlapan dalam industri hiburan Islam. Ameen. :)

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response