Kolum
0 comments

Bila Penasyid ‘Makan Pasir’

by on November 8, 2012
 

Seringkali saya terdengar ungkapan “Alah apa berkira sangat download2 ni, kira fisabillilah la. Kan nasyid itu dakwah”. Kata-kata yang sangat tak beretika ini menjadi alasan biasa bagi yang gemar mendownload album nasyid di internet.

Ya, memang betul nasyid itu wadah dakwah. Ia memerlukan keikhlasan dan iltizam yang tinggi supaya dapat sampai ke tahap sasarannya. Akan tetapi, alasan diatas bagi menghalalkan cetak rompak dan download sangat tidak munasabah.

Kecanggihan teknologi membuatkan  lagu-lagu boleh didapati ni mana sahaja. Youtube, download di blog, copy dari CD kawan…. Banyak sangat cara untuk menghalalkan duit penasyid yang ‘sampai botak kepala’ nak memikirkannya.

Satu pengetahuan yang wajib semua orang tahu, kos untuk menerbitkan sesebuah album bukannya murah. Sebuah lagu sahaja boleh berharga daripada RM 2000-RM5000.  Manakala untuk membikin full album, kosnya mungkin mencecah RM30,000-RM50,000 termasuk kos cetakan dan promosi. Ya, itu harga yang perlu dibayar oleh artis nasyid kita… Err, macam harga sebiji kereta kan?

Bagaimana untuk menampung kembali kos pembikinan album? Ya, dengan jualan album. Tapi, macamana nak balik modal, andai album yang dihasilkan penat lelah, bukan main senang nak didapati di internet, di pasar malam… Nak harapkan persembahan, itu kalau ada. Kalau yang jenis nak bayar macam taknak bayar?

Nak salahkan lanun cetak rompak? Saya tak fikir isu ini releven. Jika tiada yang membeli, makanya tiadalah permintaan. Hatta sekarang pun rasanya isu download lebih besar daripada jualan cetak rompak. Boleh download tak perlu bayar pun. Kalau nak lagi senang, dengar sahaja di Youtube. Album dah beli?

Zaman sekarang bukan zaman 15 hingga 20 tahun lepas, dimana artis-artis Malaysia ni senang-senang jualannya boleh berdesup sehingga 200,000 unit. Angkara aktiviti haram ini, ada artis nasyid yang keluarkan modal sampai berpuluh ribu, tapi jualannya hanya dapat 3,000 unit sahaja. Itupun, mencungap juga nak jual.

Dakwah pun dakwah juga. Tapi jangan kerana alasan itu, sanggup kita bersikap sambil lewa dengan memberikan alasan yang diibaratkan ‘menabur pasir dalam periuk nasi’ para penasyid.

Sebab itulah tidak ramai penasyid yang sanggup menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam dunia nasyid. Jika ada pun, pastinya mereka juga melakukan aktiviti lain yang berlingkar dengan syarikat mereka seperti penerbitan buku, motivasi, jadi duta sana sini dan sebagainya. Selebihnya, perlu keluar makan gaji untuk sara anak bini.

Jika anda tidak mahu artis kegemaran anda ‘makan pasir’, maka sokonglah mereka. Karier mereka terletak pada penyokong mereka.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response