Kolum
0 comments

Bunyi Yang Bernama Muzik

by on March 10, 2011
 

Bunyi Yang Bernama Muzik

Oleh: M. Busyairi Ahmad

Muzik dan bunyi, sama la tu. Setiap bunyi ada muziknya tersendiri. Jadi, semua bunyi adalah anugerah yang terlalu istimewa. Selayaknya kita bersyukur kerana dikurniai nikmat pendengaran. Muzik adalah satu seni manifestasi ilham hati. la ilmu semulajadi yang tiada penghujungnya, walaupun ia disusun manusia mengikut klasifikasi yang tersendiri. Sampai akhir hayat dunia ini pun, ada sahaja lagu dan melodi baru tercipta.

Rock, zapin, balada, nasyid, R&B, jazz, rap, inang, hip?hop, blues, masri dan latin aku memang suka muzik sedari kecil. Janji sedap. Mungkin kerana pengaruh ini tangkasnya meresap di hati. Seperti orang lain juga yang suka akan sesuatu bidang tertentu. Sama sahaja, semuanya isimewa. Bagi aku, sesiapa yang berbakat tetap juga kena mencari dan menimba ilmu muzik dan bunyi sebanyak mungkin kerana apa yang dipelajari dapat bersatu dengan bakat itu.

Setiap budaya dan peradaban tidak dapat menafikan identiti muzik mereka. Kita kenal akan jenis bunyi dan muzik ini berpunca daripada sesuatu bangsa. Seperti alatan muzik gambus, sitar dan gamelan masing?masing berasal dari ceruk kota peradaban di Timur Tengah, bumi India dan tanah kepulauan Jawa.

Dewasa kini, tamadun dunia sudah menjadi global. Dan muzik itu sendiri telah melalui pelbagai pengolahan dan eksperimentasi hasil daripada kretiviti cetusan ilham fikiran, suasana hati, perasaan dan apa yang dipelajari oleh manusia yang dikurnai bakat muzik di dalam setiap generasi zaman?berzaman.

Walaubagaimana pun, tahap intelektual dan bakat yang diianugerahkan ada batas dan hadnya. Aku mengambil contoh di Malaysia kita, Ning Baizura yang bersuara “soprano gernersik” dan pastinya seniman agung R Ramlee yang bersuara “lemak buluh perindu”, mereka amat berbeza walhal hakikatnya sernua itu anugerah semata?mata. Ramli MS yang terkenal dengan gubahan muzik mantapnya, tidak dapat anugerah suara yang indah seperti Seniman Nusantara, M. Nasir. Tetapi suara M. Nasir tidaklah se”keramat” seperti suara Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza dan Sami Yusuf, M. Nasir punyai “keramat” di dalam penciptaan kod?kod lagu-lagunya yang jauh lebih tinggi dan berbeza daripada yang lain.

“Keramat” ini pun satu hal. Macam lagu Bonda dan Satu Hari di Hari Raya (M. Nasir), siapa boleh nyanyi dengan penuh element sentimental jiwa selain M. Nasir? Ada memang ada tetapi tidak sama sempurnanya. Andai Jamal Abdillah menyanyikan dua lagu itu, M. Nasir pastinya syukur sebab karyanya akan lebih berharga seperti mana lagu Kepadamu Kekasih kolaborasi M. Nasir, Jamal Abdillah dan Hattan. Rabbani juga pernah merakam semula lagu Satu Hari di Hari Raya, sayangnya pembuat muziknya untuk Rabbani nyanyi sekadar tuntas, tangkap dan lewah.

Komposer Ajai, bakat gubahan lagu-lagunya berkemungkinan besar suatu hari nanti seperti akan menyamai taraf pengubahan dan penciptaan lagu-lagu M. Nasir tetapi aku berpendapat dia kekurangan sesuatu kerana suaranya yang tidak sama bagusnya seperti Lah VE, Ziana Zain, Ustaz Asri Rabbani, Misha Omar, Bob AF2 dan Idayu AF3. Ini masalah kurnia dan anugerah alami. Masing?masing ada kelebihan dan kekurangan. Kenyataan ini pun terkena pada aku juga. Rezeki dan anugerah yang hak tidak dapat diadakan dan ditukar ganti.

Selain Ajai, manusia “telented” muzik di Malaysia seperti Seniman Negara Ahmad Nawab, Roslan Aziz, Adnan Abu Hasan, Farihin Abdul Fattah, Aubrew Suwito, Saari Arnri, Edry KRU, Tam Spider dan Yasin Sulaiman (banyak lagi! sekadar menyebut nama?nama yang berlegar?legar di benak aku). Sebenarnya banyak lagi manusia “gifted” dalam muzik ini namun nasib dan rezeki membuatkan mereka tidak”muncul”.

Bagi aku suara nombor ketiga. Yang pertama adalah kesesuaian irama, lagu dan melodi terhadap seseorang penyanyi itu yang penting untuk mencetuskan satu kolaborasi populariti dan intelektual sesuatu karya. Keduanya adalah ketepatan picthing dan penghayatan jiwa di dalam nyanyian sesuatu lagu. Bayangkanlah Tam Spider nanyi lagu “Gemilang” (Jaclyn Victor), atau pun Mawi nyanyi lagu “La Isla Boneeta”. Tetapi aku kira orait dan feeling la kalau Zainal Abidin mendendangkan lagu Anak Soleh dari Rabbani (itu pun kena ambil kira macam mana gubahan semula muziknya), atau pun Salleh (Brothers) menyampaikan lagu Sonata Musim Saiju (aku dah dengar dan tahap feeling jauh mengatasi Hazami).

Aku nak sentuh pasal nasyid sikit. Aku tidak menbelakangkan genre yang lain tetapi aku rasa lagu-lagu nasyid lebih bagus jika dijaga mutu penerbitannyanya. Tetapi lagu-lagu nasyid dah tidak popular sangat seperti zaman kebangkitan Raihan dahulu. Fikirlah sendiri di mana silapnya! Sesetangah produser pun tidak bermutu dan membuat kerja sekadar tangkap muak – janji lagu dah sedap kira jadilah! la ditujukan untuk sernua jenis genre khasnya nasyid yang sering kali dan kebanyakannya “rapuh” di dalam konteks ini. Sayang sekali, masyarat dihujani dengan kenyataan kumpuan nasyid boleh diumpamakan “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”. Dan lagu-lagu mereka kurang diminati. Bagi aku “salah” yang utama adalah hati yang menyampaikan dan sistem yang melingkari genre ini. Yang lain-lain adalah promosi dan sebagainya. Perihal nasyid itu sendiri, aku ada definasinya, nantilah…

Suka aku katakan, muzik bukannya sekadar nyanyian. la “tinggi” lagi! Ekspresi jiwa di dalam permainan alatan muzik dan pengeksploitasian teknologi sound engineer juga tidak kurang hebatnya mendapat tempat di sisi masyarakat kita. Lihatlah Kitaro dari Jepun dan kita ada Mohram (Mohardiman & Ramli Rebana) mewakili alam Nusantara. Atau pun marhaban dan acapella – hanyalah alunan dan gabungan?gabungan suara sahaja tanpa iringan sesuatu alatan muzik pun dikira muzik juga.

Senang kata, muzik itu ilmu bunyi dan cara penyampaiannya mewakili seseorang atau “sesuatu”. “Sesuatu” itu barangkali bunyi desiran ombak, dentuman senjata di medan perang, tangisan bayi, kicauan burang dan segalanya yang berbunyilah! Kerana banyak ilham diolah dan diadaptasi daripada “sesuatu” tadi, apa?apa kisah kejadian hidup dan juga fantasi fikiran.

Hakikatnya, walau sehebat mana kita di dalam muzik dan bunyi, kita tetap jahil dan sebaik?baik insan di kalangan kita adalah orang yang mencari?cari kesudahan bidang ini yang tiada penghujungnya dengan berfikiran terbuka, dapat menerima, menapis dan mengolah apa sahaja karya tanpa membelakangkan moral serta nilai?nilai kemanusiaan danSunnatullah. Muzik bukan sekadar huburan! Ianya ilmu bagi mereka yang cenderung dan berfikir ke arah-Nya.

Busyairi 2005

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response