Kolum
0 comments

Diskriminasi Lagu Nasyid – Siapa Salah?

by on December 13, 2010
 

Banyak nada kesal yang saya dengari daripada penasyid dan juga peminat nasyid tentang lagu-lagu mereka di diskriminasi oleh radio tempatan. Keluhan ini sudah lama saya sendiri dengari, namun entah kenapa, seakan tidak berkesudahan isu ini.

Bila saya amati balik keluh-kesah ini, ternyata telahan itu benar. Radio-radio mainstream, terutama swasta memang langsung tak mempedulikan lagu-lagu bercorak dakwah ini. Jika ada pun, Cuma sekadar tempelan, buat keudara pada waktu selepas solat. Itupun, ada juga yang lebih memberatkan lagu pop bercorak ketuhanan daripada artis biasa daripada artis nasyid sendiri.

Tak tahulah dimana silapnya. Samada lagu-lagu nasyid ini tak dapat tempat di para pendengar, atau lagu itu tiada nilai komersil. Mungkin juga para DJ yang bertugas lebih mementingkan rating mereka, hingga meminggirkan nasyid yang membawa mesej dakwah, ketuhanan dan nnasihat. Yang paling jelek, rata-rata DJ adalah beragama Islam tapi inisiatif untuk membuat ‘dakwah kecil’ buat menampah pahala seakan dipandang enteng

Sibuk dahulu diperkatakan tentang kandungan lagu yang keudara di radio menggunakan komposisi 80% kandungan tempatan dan 20% kandungan luar negara. Namun, penyataan ini semacam sudah dibakul sampahkan sahaja.

Bukannya karya-karya penasyid kita tidak ada nilai komersil. Malah, ada yang sudah berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk menghasilkan album berkualiti dengan harapan akan dapat airplay di radio-radio mainstream. Tapi apa kesudahhnya? Usaha itu ditenggelamkan dengan jayanya oleh pengendali stesen radio yang hanya pentingkan kepok-kepok  duit masuk sahaja.

Mujur ada stesen radio Islamik seperti IKIM.FM, SALAM.FM dan radio-radio internet seperti Nasyid.fm dan Cahaya.FM. Adalah juga airplay yang dapat. Itupun, berapa ramai yang dengar? Adakah dakwah sampai kepada masyarakat umum?

Isu ini tak akan habis, dan akan berlanjutan selagi pengendali stesen radio tetap dengan diskriminasi mereka .

AIZAX – Mahu dengar zikir munajat keudara pula…..

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response