Kolum
0 comments

Dua Tahun Kami Disini

by on August 3, 2012
 

DUA TAHUN. Tempoh yang rasanya Nampak panjang, namun sangat cepat berlalu. Pejam celik, genaplah tempoh dua tahun kami beroperasi sebagai ‘new media’ khusus buat industri nasyid ini. Sekejap benar rasanya.

Namun, kami tidak pernah menganggap tempoh ini sebagai ukuran untuk kami mendabik dada dalam bidang media nasyid ini.

Apabila menyelak kembali bahan-bahan berita yang telah kami sediakan buat para pembaca kami, ada satu perkara yang saya terpaksa akui. Perjalanan kami masih jauh, dan perjuangan kami masih belum selesai untuk sama-sama membantu sekadar yang kami mampu buat industri nasyid dan hiburan Islam.

Kami bergerak semuanya atas dasar minatnya kami dalam bidang ini, disamping sama-sama mahu membantu menaikan industri nasyid.  Tapi ternyata ia bukan semudah  yang disangka.

Kami masih ingat lagi sewaktu kami sama-sama berbincang pada tahun 2010 untuk menggerakkan usaha ini. Mulanya, mungkin hanya mahu bergerak kecil-kecilan sahaja seperti blog dan Facebook. Namun kami sepakat untuk pergi dengan lebih  jauh, mendaftarkan syarikat di SSM dan bergerak sebagai sebuah agensi media.

Maksudnya, kami bergerak menggunakan standard dan mengguna pakai kod etika dunia kewartawanan. Bagi kami, bila tiba soal pemberitaan, tiada kompromi lagi. Semua yang terhasil harus berkualiti dan menepati etika kewartawanan.

Pengalaman paling manis yang menjadi kebanggaan kami ialah apabila berlangsungnya Anugerah Nasyeed.Com anjuran Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd yang diadakan buat pertama kalinya beberapa bulan lepas. Walaupun apalah sangat yang kami sumbangkan buat menjayakan anugerah ini, namun kami gembira kerana akhirnya ada juga platform untuk mengiktiraf usaha menaikan  industri nasyid ini.

Usaha yang kami buat ini, hanya sekelumit sahaja berbanding pengorbanan, keringat dan komitmen yang ditunjukkan oleh penasyid. Kami hanya mampu membantu untuk menaikan nasyid ke tahap lebih tinggi. Malah, kami tumpang gembira apabila para penasyid berkongsi cerita kejayaan mereka dalam melakukan sesuatu.

BANGGA? Jauh sekali. Dua tahun, masih mentah masih bertatih. Perjalanan untuk memperjuangkan nasyid ini takkan tamat selagi ada penasyid, selagi ada peminat nasyid.

Buat para penasyid, dan penggiat nasyid, tetap dan istiqamahlah dalam usaha kalian menyebarkan dakwah melalui hiburan Islam ini. InsyaAllah, kami di Munsyeed{DOT}Com akan cuba sedaya upaya kami untuk sama-sama kita berjuang.

Buat para pembaca setia kami, jutaan terima kasih kami ucapkan atas sokongan kalian. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. JAZAKALLAH KHAIRAN KHATHIRA

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response