Kolum
0 comments

Filem Islamik: Mana Ruhnya?

by on July 6, 2012
 

syukur21

Sudah beberapa kali saya menonton beberapa filem dan drama ‘islamik’ yang diterbitkan oleh beberapa produksi filem di Negara ini. Trend ini sudah mula kerap dimana banyak juga yang mengambil inisiatif menerbitkan karya bergenre seperti ini.

Trend menerbitkan filem bercorak keagamaan ini, mungkin juga akibat terlihat dengan filem-filem religi dari tanah seberang, Indonesia. Filem seperti Ayat-Ayat Cinta dan berbagai lagi filem sepertinya Berjaya mengutip menncecah box-office. Ada juga yang diangkat daripada novel terus ke layar perak.

Itu cerita di tanah seberang. Bagaimana pula di tanah air sendiri?

Setelah menonton, saya juga sempat berbual dengan rakan yang menonton sama. Jawapan semuanya sama. Ruhnya masih minimal, tak kesampaian malah ada kritikan yang mengatakan bahawa penerbit filem tidak memahami ruh filem islamik sebenar.

Kenapa berlaku sebegitu? Jawapannya sukar untuk saya nyatakan kerana sudah menjadi aspek yg klise dalam penerbitan filem Malaysia. Perbezaan kita dengan filem Islamik dari Indonesia jauh bagai langit dan bumi.

Tidak memadai dengan hanya mempertaruhkan pelakon handalan, tapi aspek skripnya tidak handal. Memanglah pelakon memainkan peranan penting dalam menghidupkan watak, namun saya kira, apabila mahu menerbitkan karya islamik seperti ini, skrip perlulah ada ruhnya, ada semangatnya.

Selain itu, kritikan yang  berlegar di kalangan peminat filem islamik ini ialah persoalan dari segi kareografinya, seolah tidak mengikut syariat Islam. Ini termasuk soal aurat, seni lakon dan babak yang ada kalanya tidak mencerminkan aspek muslim.

Saya setuju dengan pendapat seorang rakan bahawa dah sampai masanya orang yang mempunyai kelulusan dan pengetahuan dalam bidang agama memainkan peranan besar dalam penerbitan filem islamik. Mungkin akan lebih terkawal, dan sampai mesejnya. Contohnya, filem Syukur 21. Namun, kutipannya tidak berapa. Tapi elok buat permulaan.

Berkongklusikan, bukan tidak ada yang menanti filem sebegini di Malaysia. Kalau kena gayanya, hidup ruhnya, silap-silap KL Gangster punya kutipan boleh kita atasi!

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response