Kolum
0 comments

‘Kami Bukan Nasyid’

by on April 24, 2012
 

‘Siapa kata hiburan di dalam Islam hanya nasyid?’. ‘Jika ada yang berkata begitu, maknanya orang itu ketinggalan zamanlah’. Pendapat ini merupakan pendapat yang jelas dan terhala. Bukan sekadar bercakap kosong, tetapi itu adalah satu hakikat.

Jika dulu, iya. ‘Nasyid adalah hiburan Islam’. Walaupun tampak kurang terbuka, tetapi ianya boleh diterima kerana pada waktu dulu, itu sahaja hiburan yang ada. Yang di saji, yang disuap.

Baru-baru ini berjumpa dengan Mel bekas penyanyi kumpulan rock Wings dan juga Ali bekas penyanyi kumpulan XPDC dan Terra Rossa.

Berbual panjang bersamanya.

‘Kami bukan nasyid’. Itu kalimah yang diucapkan oleh Sdr Mel apabila ditanya situasi terkini imej dan kaedah perwatakan serta bahan dakwah yang dibawa. ‘Kami ni bekas budak-budak rock, baru nak belajar-belajar agama, dalam masa yang sama, kemahiran kami dalam bidang muzik, kami teruskan kemahiran ini untuk masyarakat’, katanya.

Benar, hari ini hiburan Islam bukan setakat nasyid. Hiburan Islam menjadi semakin luas dengan pelbagai kemajuan semasa termasuk teknologi yang semakin hari semakin canggih.

‘Adakah apabila melakukan hijrah, harus menjadi nasyid?’, persoalan ini mengundang jawapan yang pelbagai. Benar, tak semestinya mesti bernasyid. Malah boleh sahaja menyanyi rock.

‘Lagu-lagu yang kami nyanyikan bermesej. Bukan lagu yang tidak terhala tanpa tujuan. Lagu-lagu lagha kalau boleh tak mahu nyanyi lagi lah’.

Soalan cepumas ditanya kepada Ali, ‘lepas ini masih ada head banging lagi kah?’. Ali memberi reaksi positif, ‘insyaAllah takde dah’. Alhamdulillah.

Kehadiran insan seperti ini harus disambut dengan penuh kesyukuran. Kehadirannya menyemarakkan lagi usaha murni di atas nama agama bagi membantu kerja-kerja para petugas agama yang diwarisi sejak dahulu lagi. Setiap orang ada peranannya, maka mereka memainkan peranannya yang tersendiri.

Fenomena ‘mat rock’ menghadiri kuliah agama kini sudah menjadi tidak pelik. Biarlah berambut panjang, tetapi ditutupi dengan kopiah, itu menampakkan satu anjakan baru budaya ilmu dan sebaran agama yang lebih terkini.

Walaupun masih ada lagi suara-suara ‘sudut’ yang sibuk mempertikai itu dan ini, itu haram ini haram, biarlah suara ‘sudut’ itu menyatakan pendapatnya. Masing-masing ada peranan, maka dia pun memainkan peranan.

‘doakan kami istiqamah dan dapat berbakti kepada agama ini’, satu pertemuan bersama insan ‘rockers’ yang dulunya tidak ada pun menjangka akan muncul satu budaya baru dalam hiburan Islami kini menjadi bualan ramai.

‘semoga kalian dan kita semua diredhai Allah!’

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response