Kolum
1 comment

Kerana Mahalnya.. Tiket Ke Syurga!!

by on March 15, 2014
 

Dia seorang penghibur. DNA-nya ada ketokohan ayah dan ibunya. Ayahnya pemikir dan ibunya seorang heroin dalam hidupnya, gerenti simbol kesabaran yang paling hebat di matanya. Dahulu ibunya memang dalam kehidupan ‘glemer’, menyanyi dengan band sejak belasan tahun. Ni rahsia yang dibocorkan.. Get ready… Ibunya finalis Bakat TV 1972 seangkatan Andre Goh. Mana tak handal menyanyi .Setakat lagu oldies mana pun, hanya petik jari beralunlah suara merdu. Walaupun ayahnya mengakui bukan suara ibunya yang menjadi tarikan ketika berkahwin denganya 37 tahun dahulu. Kini 7 orang anak semuanya dah dewasa.

Alhamdulillah, keluarganya berpegang kepada prinsip “a family that prays together stays together”. Maka dalam rumah pun ada ruangan solat khas seperti surau. Bolehla untuk muat sekarang dengan cucu-cucu yang ada. Tapi mereka juga menambah bahawasanya “a family that sings together also stays together”. Beautifully and acapella style itu memang sudah menjadi hobi. Suara solo yang pelbagai, yang laki atau perempuan, yang sophrano altho juga bass, semuanya siap. Mereka tampil sebagai hiburan nyanyian berkeluarga dalam acara yang diundang. Memang keluarga mereka ini berbeza. Sudah tentu ini adalah kerana ayah mereka menekankan bahawa Islam harus menerajui kemodenan. Islam bukan ‘life denial’ tetapi ‘life fulfilling’. Tidak ada masalah untuk set satu trending yang islamik kalau berdasarkan ilmu dan pengalaman. Ciptalah apa sahaja agar membuka akal dan mata manusia. Berkaryalah agar menyentuh hati. Berilah harapan kepada jiwa yang tandus. Gapai tangan mereka yang kelemasan.

Itulah perjalanan-nya. Biasa sahaja cuma tuhan bagi peluang kerap di hadapan khalayak ramai. Semua orang ada peranan masing-masing. Semua harus bertindak kerana… harga tiket ke syurga sangat mahal…Yang pastinya dia mahu terus meneruskan ‘adventure’ hidup ini berpaksikan kasih sayang kekeluargaan dan Jihad. Dalam nadinya ada denyutan berterusan “Allah matlamatku, Ar Rasul teladanku, Alquran perlembagaanku, Al jihad jalan hidupku, As syahid fi sabililah impian tertinggiku.”

muadz dotr

Dia………. adalah…….aku.. Yang ingin mula menulis blog kembali.. Mohon izin berkongsi rasa dan terima kasih munsyeed.com kerana memberi selembar ruang untuk beberapa kilobyte ini. Salam dari kota suci Jerusalem. Uhibbukum fillah.

hadith dagangan Allah

“Ketahuilah sesungguhnya barang dagangan Allah itu sangat mahal, ketahuilah sesungguhnya barang dagangan Allah itu adalah Syurga” – Hadis

Mu’adz
Palestin

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response