Konsert Dua Cinta Tampilkan Artis Nasyid Paling Berpengaruh Dunia

Selepas kejayaan siri pertama Konsert Dua Cinta yang telah berlangsung awal tahun ini, Al Manna Event Management dengan kerjasama erat Majlis Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia dan Global Ehsan Relief sekali lagi bakal menganjurkan Konsert Dua Cinta bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia.

Ingin meneruskan legasi kejayaan yang ditempa menerusi konsert yang pertama, Konsert Dua Cinta Live In USIM 2018 kali ini akan membawakan konsep yang lebih moden dan glokal dengan menampilkan lebih banyak barisan selebriti ternama tanah air di dalam sebuah konsert berskala mega ini.

Istimewanya kali ini Konsert Dua Cinta yang dijadualkan akan berlangsung pada malam 17 November 2018 bakal menyaksikan penampilan kumpulan nasyid nombor satu negara, Raihan yang baru sahaja menerima pengiktirafan sebagai Muslim Paling Berpengaruh di Dunia buat kali yang ke-10 berturut-turut oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre di dalam edisi terbaharu The Muslim 500 2019. Selain Raihan, artis dan juga selebriti hebat seperti Lah Ahmad, Hyper Act, Fadzli Aziz dan juga kumpulan nasyid Al Manna akan turut sama menyerikan malam tersebut di samping Da’i Izzhar sebagai hos yang akan mengendalikan konsert ini.

Penonton konsert bukan sahaja bakal disajikan dengan persembahan lagu-lagu hit daripada artis-artis hebat, mereka juga bakal dihidangkan dengan bingkisan dan sharing moment yang dikendalikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid sensasi UNIC, Fadzli Aziz dan juga selebriti dakwah popular, Da’i Izzhar.

“Konsert Dua Cinta kali ini lebih mengetengahkan isu humanitarian dalam mengasimilasi cinta Pencipta dan Cinta ciptaan Pencipta. Di samping akidah yang mapan di dalam hati seseorang kepada Allah, dia turut merasakan cinta dan tanggungjawab terhadap ciptaanNya. Ini yang ingin disampaikan kepada semua hadirin yang hadir dalam konsert ini nanti.

“Sebahagian hasil jualan tiket konsert ini akan diberikan kepada Tabung Aktiviti Majlis Persatuan Mahasiswa USIM dan Global Ehsan Relief. Tabung bantuan Global Ehsan Relief turut akan diedarkan sepanjang konsert berlangsung moga-moga dengan sedikit sumbangan ini mampu mengurangkan beban mereka yang memerlukan”, jelas wakil pihak penganjur dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Tiket sudah pun mula dijual pada harga RM15 bagi pas Normal dan RM50 bagi pas VIP. Khas untuk pemegang pas VIP, selain ditempatkan di bahagian paling hadapan ketika konsert berlangsung, mereka juga akan turut berpeluang untuk bertemu dengan barisan selebriti yang membuat persembahan pada malam itu di dalam satu sesi tertutup ‘private meet & greet’ selepas konsert berakhir. Tiket VIP hanya akan dijual dalam jumlah yang amat terhad.

Anda boleh menghubungi Cik Eyda di talian 018-9064014 ataupun Cik Fieqah di talian 011-61692196 untuk sebarang urusan pembelian tiket. Kaunter tiket akan dibuka di bilik gerakan CFest bangunan HEP bermula 12 November ini.

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago