Categories: KonsertPengumuman

Konsert Percuma Maher Zain di Stadium Ipoh, Perak

Tiket Konsert Maher Zain Live in Ipoh.

 

Sempena Tahun Melawat Perak 2012, kerajaan Perak Darul Ridzuan akan menganjurkan Konsert Maher Zain Live In Ipoh pada Sabtu, 24.Disember 2011 bermula jam 8 malam.

Awakening Records, syarikat rakaman yang dinaungi Maher Zain menyifatkan konsert kali ini merupakan konsert terbesar Maher Zain apabila ia bakal disaksikan oleh lebih 700,000 penonton yang bakal membanjiri Stadium Ipoh, Perak.Menariknya, Maher Zain dilaporkan akan membawa beberapa lagu hits beliau dari album sulungnya, Thank You Allah, disamping bakal menyanyikan beberapa buah lagu baru khusus untuk hadirin yang akan hadir ke konsert tersebut.

Konsert Maher Zain ini juga akan diadakan secara percuma namun para penonton dikehendaki mendapatkan tiket untuk masuk ke dalam stadium. Tiket-tiket boleh diperolehi di kaunter tiket Stadium Ipoh, Perak bermula 22 Disember 2011.

Berikut adalah FAQ yang disediakan oleh Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMFC):

Soalan : Konsert Maher Zain? Kat mana tu?
Jawapan : Stadium  Ipoh, Perak.

Soalan : Bila?
Jawapan : 24 Disember 2011 (Sabtu) jam 8 malam

Soalan : Wah, kan baru lagi Konsert dia kat Kuching. (soalan ke ni? ye kot :p) Jawapan : Ya, Konsert Maher Zain ini sempena Tahun Melawat Perak 2012. Sila rujuk sini.

Soalan : Menarik. Tiket berapa harga? Mesti mahal kan.
Jawapan : Owh. Jangan risau. Tiket percuma. 🙂

Soalan : Wah, percuma ya. Nak dapatkan kat mana tiket tu?
Jawapan : Ok. Tiket boleh kalian dapatkan di Stadium Ipoh bermula dari hari ini sehingga ke hari konsert.

Soalan : Seorang boleh dapatkan berapa tiket?
Jawapan : Setiap seorang 1 tiket sahaja.

Soalan : Err.. apa nak tanya lagi ek? Nanti kalau saya ada soalan saya tanya lagi.
Jawapan : Ok no hal. Silakan bertanya. Thanks. 🙂

 

Alhamdulillah, Maher Zain telah selamat tiba di Malaysia dan disambut dengan meriah oleh pihak penganjur dan ahli Maher Zain Malaysian Fan Club yang cukup mesra dengan Maher Zain.

Kepada para peminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini! =) -Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago