Categories: BeritaTempatanTerkini

Kun Anta Lagu Paling Popular Di YouTube Sepanjang 2015

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, Google pada hari ini telah mengumumkan senarai video-video paling popular sepanjang 2015 di YouTube menerusi YouTube Rewind. Berdasarkan maklumat yang telah didedahkan oleh Google, lagu Kun Anta telah disenaraikan di dalam kategori Video Paling Popular di YouTube Malaysia sepanjang tahun 2015. Selain daripada itu, karya tersebut juga turut tersenarai dalam kategori Video Muzik Paling Hangat di Malaysia.

Lagu Kun Anta ialah merupakan sebuah karya ciptaan Humood Alkhudher bersama penulis lirik Saif Fadhel yang mengisahkan tentang kepentingan setiap individu memiliki keyakinan yang tinggi untuk menjadi diri mereka sendiri. Biarpun lagunya didatangkan dalam bahasa arab, kekuatan mesej yang terdapat di dalam lagu tersebut telah berjaya membawa karya ini jauh melangkaui sempadan bahasa dan juga agama.

Di Malaysia, populariti lagu ini bermula apabila penyanyi asalnya, Humood Alkhudher, mengajak para peminat menyanyikan lagu tersebut dalam gaya mereka yang tersendiri. Demi menyahut cabaran itu, Nursyazwani binti Selamat atau lebih dikenali di laman YouTube sebagai wani6697 telah memuat naik rakaman lagu Kun Anta nyanyian beliau di saluran YouTube miliknya, sekaligus mencipta gelombang fenomena Kun Anta apabila video tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan rakyat Malaysia termasuk dari penyanyi asalnya sendiri. Oleh kerana itu tidak hairanlah apabila Kun Anta nyanyian Nursyazwani diangkat sebagai salah sebuah video paling popular di YouTube Malaysia sepanjang 2015.

Fenomena Kun Anta yang melanda negara telah berjaya memperkenalkan penyanyi kacak dari Kuwait, Humood Alkhudher, kepada para peminat lagu-lagu ketuhanan di Malaysia. Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan lagu tersebut telah berjaya menarik minat ramai pihak termasuk selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang mula memuat naik rakaman video Dubsmash sambil meniru gaya Humood menyanyikan lagu tersebut di Instagram. Sambutan hangat dari peminat di Malaysia akhirnya telah berjaya meletakkan video lirik lagu Kun Anta di dalam senarai Video Muzik Paling Hangat di Malaysia pada tahun ini.

Album Humood Alkhudher Tersenarai Dalam Carta Billboard.

Selain Kun Anta, turut tersanarai dalam YouTube Rewind tahun ini ialah video See You Again nyanyian Wiz Khalifa ft Charlie Puth, Bad Blood oleh Taylor Swift, Upin & Ipin – Gong Xi Fa Cai dan juga siri kartun animasi BoBoiBoy episod Bahaya BoBoiBoy Api. Lihat senarai penuh video paling popular tahun ini di YouTube Rewind.

Tahniah Munsyeed ucapkan kepada Nursyazwani, Humood Alkhudher dan juga Awakening Records di atas pencapaian luar biasa ini.

– Munsyeed

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago