Categories: BeritaTempatan

Lagu Parodi Hasbi Feelhoney Popular!

Mr. B. Gambar ihsan: Facebook Hasbi Muh Ali.

Dengan jumlah hampir 85,000 tontonan dalam tempoh tidak sampai 3 hari, Hasbi Muh Ali atau lebih dikenali sebagai Mr. B berjaya memposisikan diri beliau sebagai salah seorang Raja Parodi di Youtube Malaysia.

Antara video paling banyak dikongsi dan ditonton di Malaysia. (Klik gambar untuk paparan lebih besar)

Hasil pemerhatian Munsyeed{Dot}Com di laman video Youtube, video parodi MR. B berjudul Tak Terukir Di Bintang menduduki kedudukan teratas Video Paling Banyak Ditonton dan Video Paling Banyak Dikongsi Di Malaysia.

Tak Terukir Di Bintang merupakan hasil parodi dari lagu asal Terukir Di Bintang nyanyian Yuna. Lagu yang menjadi Juara Anugerah Juara Lagu ke-27 ini menjadi antara carian tertinggi di laman Youtube selepas dinobatkan sebagai juara. Kesempatan ini diambil oleh Mr B untuk menghasilkan parodi bagi lagu ini versi Islamik.

Ini bukanlah kali pertama vokalis kumpulan Feel Honey ini membuat lagu parodi. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan lagu parodi untuk lagu Ombak Rindu, Anak Kampung, Kisah Hati dan banyak lagi.

Untuk menonton lagu-lagu yang diparodikan Mr B atau Hasbi Feel Honey ini, klik saluran Youtube Mr B disini: VitaminBie.

Sudah tonton video Tak Terukir Di Bintang nyanyian Mr B versi parodi? Kalau belum, jom layan!

showinfo=0

Lirik Tak Terukir Di Bintang – Mr B (Versi Parodi)

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi engkau minta wang berjuta itu pun ku tak mampu
Jika engkau minta satu dunia lagi ku tak mampu
Tapi ku mampu jadi Imam mu pastikan engkau bahagia

Hati ini hanya milik Ilahi
Yang beri cinta yang temukan aku dan kamu

Sayangku jika ujian datang dari Tuhan untukmu
Tak terukir di bintang segala jawapan doa pada Tuhan
Tak terukir di bintang segala jawapan cuba baca Al-Quran..

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago