Categories: BeritaTempatan

Lah Ahmad, Imam Muda Asyraf dan Mat Luthfi Bincang Topik Hangat di Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan

Program bual bicara interaktif Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan sekali lagi hadir menemui penonton untuk musim yang kedua. Program ini yang sedang bersiaran di TV Hijrah sejak 15 Oktober lalu mengetengahkan para panelis jemputan terkemuka untuk berkongsi dan juga berbahas tentang topik-topik hangat semasa.

Para panelis yang terdiri daripada selebriti seperti Lah Ahmad, Imam Muda Asyraf dan Mat Luthfi akan bersama Farah Diana Anuar selaku hos rancangan ini bagi membahaskan beberapa isu dalam suasana yang lebih santai dan bersahaja.

Sepanjang 5 episod bersiaran, para penonton berpeluang menyaksikan perbahasan menarik mengenai topik-topik seperti Malaysia Kita Punya, #ikutzaman, Pandainya!, Cash ke Cashless dan Gen D.

Selain selebriti, turut sama dijemput sebagai panelis ialah Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tuan Wan Ahmad Wan Yusoff dan juga pengasas jenama Minaz, Puan Hafiza Abd. Hamid.

Berbekalkan isi kandungan rancangan yang diperluas serta ditambahbaik, Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan kali ini dilihat mampu menjadi platform pilihan bagi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan pendidikan buat anak mereka seawal umur sehari. Dengan rahsia sehari RM1, pelbagai faedah akan diperoleh dengan pakej penabungan yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Farah Diana Anuar sebagai hos Jom Simpan

Tidak mahu kelihatan terlalu serius dalam membincangkan tajuk-tajuk pilihan, musim ini Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan memilih Pullman Putrajaya sebagai lokasi rakaman dalam set yang lebih santai dan menyegarkan.

Menurut Puan Syafinah Othman, penerbit rancangan ini, “TV Hijrah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepakat untuk terus mambantu penonton memahami perihal tabung pendidikan dalam musim baru ini selepas mendapat maklum balas positif pada musim pertama dahulu.” katanya.

Sesi rakaman bersama Lah Ahmad sebagai tetamu

“TV Hijrah mengambil posisi dan bertindak menjadi agen penyampai maklumat untuk membuka mata masyarakat bahawa fungsi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah hanya memberikan pinjaman semata-mata tetapi juga sebagai institusi penabungan pendidikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.” tambah beliau lagi.

“Justeru, pemilihan Farah Diana Anuar selaku hos rancangan musim ini dilihat tepat dan terbaik memandangkan perwatakan beliau yang santai, bersahaja dan bijak membawa penonton untuk memahami visi dan misi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi tajuk-tajuk yang dibincangkan.” ujar beliau.

Tiga segmen utama dihidangkan kepada para penonton kali ini. Segmen pertama adalah Segmen Mari Menabung memberikan penonton input serta informasi berkenaan topik-topik mingguan yang dikupas pihak PTPTN. Segmen kedua adalah Segmen Apa Kata Mereka memaparkan rakaman pandangan orang awam yang diambil secara rawak di sekitar Kuala Lumpur. Manakala Segmen Yang Mana Satu pula merupakan segmen permainan spontan di antara panel-panel dan hos rancangan. Kedua-dua pihak akan menjawab secara rawak soalan timbal balik dalam masa yang ditetapkan.

Musim kedua Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan bersiaran pada setiap Isnin jam 9 malam hanya di TV Hijrah.

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago