Categories: BeritaTempatanTerkini

Luahan Rasa Raqib

Raqib Majid atau nama penuhnya Fahrur Raqib Bin Abdul Majid merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia industri hiburan tanah air. Beliau yang juga salah seorang duta Aman Palestin merupakan bintang kelahiran program realiti tv Akademi Fantasia musim ke-9 terbitan Astro. Selepas beberapa tahun menyepi tanpa sebarang album, anak kelahiran negeri Melaka ini yang juga merupakan salah seorang selebriti TV Al-Hijrah dan hos rancangan Pasport Ziarah mula mengorak langkah bagi memperkukuhkan nama beliau di dalam industri muzik dengan kemunculan album sulung berjudul “Luahan Rasa”.

Anak muda berusia 24 tahun ini mula mengikat kontrak dengan syarikat UNICDOTMY PRO SDN BHD pada September 2013. “Luahan Rasa” merupakan album pertama beliau selepas tampil dengan single hits bersama kumpulan nasyid UNIC yang bertajuk Bintang Syurga. Sehingga hari ini, klip video single tersebut telah menerima jumlah tontonan sebanyak hampir 300,000 semenjak ia mula dipertontonkan kepada umum pada November 2013.

Hidangan istimewa daripada Raqib untuk para peminat.

Album ini memuatkan 8 buah track antaranya ialah Kulluman, Luahan Rasa (versi akustik), Mungkinkah, Bintang Syurga, Hanya Dia dan single bagi album ini berjudul Kembali.

Buah tangan istimewa ini turut menampilkan sentuhan kreatif dari komposer dan pemuzik terkenal tanah air seperti Aubrey Suwito, Sham Kamikaze, Mohar, Wan Salleh, Ammar Habir, Efry Arwis, Boyrazli, Ardiv Johari, Bazli UNIC dan juga Fakhrul UNIC. Bagi memastikan album yang terhasil mencapai kualiti yang terbaik, Raqib turut menyumbang dalam menentukan konsep dan idea keseluruhan album “Luahan Rasa”. Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan 3 buah lagu yang terkandung di dalam album ini iaitu Luahan Rasa, Mungkinkah dan Hanya Dia. Selain itu, nama-nama yang tidak asing dalam penulisan lirik seperti Habsah Hassan, Ustaz Pahrol Md Juoi dan juga Qash Irdina turut menyumbang lirik di dalam album Luahan Rasa ini.

“Luahan Rasa” kini boleh didapati dalam bentuk cakera padat (CD) pada harga RM21.90 di pasaran seluruh Malaysia atau secara online di www.unicmyshop.com.

Wakil Warner Music (Malaysia) En. Mokhtaza Ahmad bersama Fadzli dan Raqib melancarkan Luahan Rasa
Raqib Majid mempersembahkan beberapa buah lagu yang terkandung di dalam Luahan Rasa
Pelancaran album Luahan Rasa Raqib AF
Halim Devo (kanan) antara selebriti yang turut hadir selain Heliza Helmi, Salima Habibi dan Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago