Categories: BeritaInternational

Maher Zain Akan Berhenti Menyanyi?

Maher Zain di konti radio IKIM.FM.

Maher Zain melahirkan kekecewaannya diatas sikap segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dari hasil keringat dan usaha orang lain dengan memuat naik lagu-lagu dari album terbaru milik beliau di laman Youtube dan sebagainya. Menurut Maher Zain, tindakan memuat naik lagu-lagu miliknya merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak yang mempunyai rasa tanggungjawab.

“Anda tidak tahu betapa banyaknya wang yang dilaburkan untuk penghasilan sesebuah album. Usaha-usaha yang telah dicurahkan, masa yang cukup panjang diperuntukkan untuk menghasilkan album ini, pengorbanan dan lain-lain. Seharusnya, anda menghargai karya-karya yang membawa mesej positif seperti ini dan tidak memuatnaik atau memuat turun lagu-lagu saya secara tidak sah.” tegas Maher Zain di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Maher Zain Forgive Me.

Beliau turut menambah, sikap yang tidak bertanggungjawab ini hanya akan membunuh karier seseorang artis dan melumpuhkan industri muzik itu sendiri. Dalam majlis yang sama, ramai pihak tersentak apabila Maher Zain turut mengumumkan yang beliau sedia undur diri jika peminat tidak lagi menyokong hasil karya seninya apabila membeli CD cetak rompak dan memuat turun lagu-lagunya secara tidak sah.

“Apabila anda memuat turun lagu saya secara tidak sah di laman web, ia membuktikan anda tidak lagi menyokong perjalanan seni saya dan jika anda mahu saya dan rakan-rakan berhenti, kami akan berhenti.” jelas Maher Zain dengan nada yang cukup tegas.

Sementara itu, Mr Sharif Banna, CEO Awakening Records memberitahu, pihak Awakening Records komited dalam menangani gejala memuat turun secara tidak sah lagu-lagu terbitan Awakening Records termasuk album terbaru Maher Zain. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menangkis gejala kurang sihat ini. Bagaimanapun, usaha yang paling berkesan adalah melalui pendidikan.

“Salah satu cara yang terbaik untuk menangani masalah ini adalah melalui pendidikan. Semua pihak sama ada penggiat industri muzik mahupun para pengamal media perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada semua pihak agar menghentikan aktiviti-ativiti yang menyalahi undang-undang ini.” jelas Mr Sharif Banna.

“Kami (Awakening Records) akan cuba bekerjasama (dengan Inteam Records) untuk mengadakan kempen kesedaran dan menggalakkan peminat membeli album yang original. Selebihnya, kita serahkan kepada peminat untuk membuat keputusan.” kata Mr Sharif Banna di akhir sesi sidang media. -Munsyeed{Dot}Com

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago