Categories: BeritaInternational

Maher Zain & Raihan Paling Berpengaruh Di Dunia

Kumpulan Raihan. Gambar ihsan: Facebook Raihan Friends

 

Raihan dan Maher Zain telah disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia pada tahun 2011 oleh The Royal Islamic Strategic Studied Centre yang berpengkalan di Amman, Jordan. Raihan dan Maher Zain masing-masing disenaraikan dalam kategori Keseniaan dan Kebudayaan yang meletakkan mereka antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia 2011.

Mengikut rekod, Raihan sudah tersenarai antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Manakala, Maher Zain baru sahaja tersenarai pada tahun 2011 selepas kejayaan luarbiasa album sulung beliau- Thank You Allah yang meraih pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Turut tersenarai dalam kategori yang sama, artis antarabangsa Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bhikha, Dawud Wharnsby dan ramai lagi.

Sesungguhnya, sumbangan mereka dalam seni dakwah dan juga buat Islam sangat bermakna dan merangkumi segenap pelusuk dunia. Tahniah diucapkan buat Raihan yang mewakili Malaysia! Tahniah juga buat Maher Zain yang cukup luarbiasa dan semua artis nasyid yang tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia bagi tahun 2o11! Untuk rujukan, sila klik disini- The 500 Most Influential Muslim 2011.

Teringat kata-kata seorang ahli nasyid popular- Ada manusia terkenal di dunia, tetapi tidak terkenal di langit Allah (dikalangan para malaikat dan sebagainya). Ada manusia yang terkenal di dunia dan turut terkenal di langit Allah. Ada juga  manusia yang tidak terkenal di dunia, tetapi terkenal di langit Allah. dan malangnya, masih ada manusia yang tidak terkenal di dunia dan tidak terkenal di langit Allah. Yang mana satukah kita? Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah! -Munsyeed{dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago