Categories: BeritaTempatan

Majlis Selawat Iringi Habib Umar Jelajah Malaysia

Majlis Selawat telah berpeluang menjadi kumpulan Qasidah dan Selawat yang mengiringi Al-Habib Umar Ben Hafidz yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Majlis Selawat yang terdiri dari Al-Mawlid, Inteam, Marjan dan Ustaz Kyrel Marjan serta Ustaz Ahmed Al-Yamani ini telah berpeluang mengiringi Al-Habib Umar sepanjang beiau berada di Malaysia melalui program Rehlah Dakwah Habib Umar Ke Malaysia.

Menurut Muhammad Hazamin atau lebih dikenali dengan nama Amin Inteam, sewaktu di Yayasan Al-Bukhari, Kedah baru-baru ini, Majlis Selawat telah berpeluang untuk mendapat amanat dan pesanan khas dari Habib Umar dalam satu slot di penginapan beliau.

“Habib Umar berpesan agar Majlis Selawat meneruskan usaha menyebarkan selawat dan berusaha sedaya upaya melawan godaan nafsu dan syaitan yang menyuruh bersenang-senang dengan keduniaan sehingga melupakan usaha dakwah.” jelas Amin.

Majlis Selawat bersama Al-Habib Umar Ben Hafidz

Habib turut menjemput Majlis Selawat datang ke tempat beliau di Darul Mustofa yang terletak di Tarim, Hadramawt, Yaman. Beliau turut memperkenalkan kepada Majlis Selawat juru Qasidah beliau yang turut hadir dalam rehlah kali ini. (berdiri bersama ustaz Kyrel dalam gambar)

Habib kelihatan sangat gembira dan tersenyum mendengar lantunan Qasidah Ya Hanana di beberapa lokasi ceramah dan tawsiyah beliau yang disampaikan oleh Majlis Selawat.

“Majlis Selawat ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memberi kepercayaan kepada Majlis Selawat untuk membacakan Mawlid dan mengalunkan Qasidah dalam beberapa acara rasmi Habib. Sesungguhnya peluang bersama Ulama yang merupakan cucu baginda Rasulullah generasi ke 39 ini merupakan satu kenangan yang cukup manis sekali. Ia menjadi sumber inspirasi dan dorongan terbaik untuk Majlis Selawat meneruskan usaha menyebarkan selawat dan Mahabbah Rasulullah di seluruh dunia.” jelas Amin.

Majlis Selawat turut melahirkan penghargaan mereka kepada Al-Habib Ali Zainal Abidin yang membantu dalam pertemuan ini serta sebagai penterjemah rasmi Al-Habib Umar ben Hafidz (Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim BenHafidz) dalam kembara dakwah kali ini.

Untuk Rekod, Majlis Selawat telah terlibat dengan pelbagai program Mawlid dan selawat antaranya: Kuala Lumpur Berselawat, Terengganu Berselawat, Johor Baru Berselawat, Seremban Berselawat, Kuching Berselawat, serta pernah mengadakan tour Sarawak Berselawat ke- Kuching-Sibu-Sebuyau-Seratok. Mereka juga sedang merangka untuk mengadakan Borneo Berselwat meliputi baki kawasan Sarawak-Sabah-Brunei dan juga Singapura Berselawat.

Selain itu. Majlis Selawat turut mengadakan program berselawat mingguan setiap kali selepas solat Jumaat di Masjid Jamek KL, Masjid Mukarramah di Sri Damansara, Masjid Mujahidin di Damansara Utama dan Masjid Ar-Rahman UM serta beberapa masjid lain secara bergilir-gilir. Majlis Selawat juga bercita-cita merekrut lebih ramai tim selawat untuk meneruskan usaha menyebarkan selawat dan Mahabbah RAsulullah SAW.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti Majlis Selawat, boleh layari Facebook Group Majlis Selawat.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago