Berita

Majlis Tilawah & Menghafaz Al–Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M

TV AlHijrah mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam. Ini selari dengan misi TV AlHijrah selaku stesen yang memartabatkan kandungan penyiaran Islam untuk mendidik minda dan jiwa penonton setianya, seterusnya memartabatkan Al-Quran dan ruang rasa TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islam Terbaik Asia.

Terbaru, buat pertama kalinya TV AlHijrah bakal menyiarkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018 yang akan berlangsung sepanjang 1 hingga 6 April 2018 bersamaan 14 hingga 18 Rejab 1439H bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya (KIP) dengan kerjasama RTM.

Tambah menarik, Program Assalamualaikum akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Islam Putrajaya memberi liputan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada dua sesi bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan sesi kedua pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sepanjang bersiaran secara langsung, penonton akan ditemani oleh pengacara iaitu Ustaz Nabil Ahmad dan Mohamamed Zawazi Yusof yang akan mengulas latar belakang peserta yang bertanding serta menemubual barisan juri dalam memberi informasi kepada penonton teknik hafalan yang terbaik serta cara pemarkahan yang dinilai oleh juri.

Disamping itu juga, TV AlHijrah akan berlintas langsung memberi liputan terkini Majlis Tilawah Al-Quran terus menerus dibawakan daripada Auditorium Kompleks Islam Putrajaya dan akan dikemudikan oleh pengacara yang tidak asing lagi di TV AlHijrah iaitu Saudara Syed Amir, Fadzli Aziz dan Hajah Dr Insyirah secara santai dan berinfomasi bermula jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam sepanjang berlangsungnya Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

TV AlHijrah akan memberikan informasi terkini berkaitan pencapaian para Qari dan Qariah dari seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut, serta kupasan berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang akan diperdengarkan kepada para hadirin serta mewawancara bersama tokoh agamawan bagi memberi galakan dan dorongan kepada penonton TV AlHijrah untuk mencintai dan istiqamah dalam membaca Al-Quran.

Marilah bersama-sama menjayakan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara langsung di TV AlHijrah di saluran 114 dan secara atas talian menerusi platform www.alhijrahmedia.com dan Facebook Live yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 April 2018, di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago