Categories: BeritaRingkasTerkini

Majlis Usrah Munsyid Malaysia Kali Ke-6

Munsyid Malaysia

 

Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia; Munsyid Malaysia telah mengadakan Majlis Usrah Munsyid Malaysia untuk kali ke-6 pada hari Khamis, 13 Oktober 2011. Usrah yang berlangsung pada kali ini telah diadakan di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara. Untuk rekod, majlis usrah Munsyid Malaysia pernah diadakan di Teratak Hijjaz bertempat di Putrajaya, pejabat urusan Rabbani Production di Bandar Manjalara dan pejabat Nasyeed.Com di Seksyen 13 Shah Alam.

Antara artis nasyid yang hadir di majlis usrah pada kali ini ialah Ustaz Asri Ubai Rabbani, Isman Hijjaz, Faizal Hijjaz, Ustaz Hasnol Diwani dan ahli kumpulan Diwani, Suffian Saujana, Inteam, Mu’adz Dzulkefly, Muzammil Munsyideen, Suhaimi Saad, Razin Mestica, Waie Nasyeed.Com, Hafiedz Udu, AlFarabi Band, Dakmie dan ramai lagi.

Seperti sebelum ini, majlis usrah dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Asri Ubai Rabbani. Selesai solat maghrib, majlis usrah Munsyid Malaysia mula bersidang dengan perkongsian ilmu beserta jamuan ringan yang disediakan pihak penganjur.

Majlis usrah kali ini juga turut membincangkan hal berkenaan penyertaan Munsyid Malaysia dalam perhimpunan aman Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Akidah yang bakal berlangsung paa hari Ahad, 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam.

Dalam perbincangan tersebut juga, semua yang hadir menyatakan sokongan dan komitmen masing-masing kearah himpunan yang bakal melibatkan hampir 1,000 NGOs Islam seluruh Malaysia.

Selesai berusrah, Munsyid Malaysia sepakat untuk membuat 1 rakaman video khas Munsyid Malaysia Bersama Menyokong HIMPUN yang boleh ditonton disini. Bacaan doa penutup kemudiannya dibacakan oleh Ustaz Hasnol Diwani.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Usrah Munsyid Malaysia kali ke-6. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar:

Solat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Asri Ubai Rabbani

.

Waie Nasyeed.Com, AlFarabi Band, Diwani, Hafiedz udu dan Suhaimi Saad

.

Abdul Rahim Inteam sebagai Pengarah bagi Program Munsyid-HIMPUN.

.

Pelbagai juadah disediakan oleh tuan rumah Majlis Usrah Munsyid kali ini.

.

Mu’adz dan Hafiedz Udu sedang menikmati juadah tersedia

.

Mu’adz dan Waie Nasyeed.Com serius membincangkan sesuatu

.

Suhaimi Saad

.

Suffian Saujana

.

Taklimat mengenai HIMPUN

.

sedang berlatih secara ad hoc untuk menghasilkan video promo Munsyid Malaysia Bersama Menyokong HIMPUN

.

Suasana ceria antara artis-artis ketika merakamkan video promo Munsyid Bersama HIMPUN.

Gambar ihsan: Muhammad Hazamin Harun (Amin Inteam) & Munsyid Malaysia.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago