Categories: BeritaTempatan

Maliq Suhaimi Ajak Pendengar Cintai Allah & Rasul

Hiburan merupakan fitrah setiap manusia. Ia merupakan landasan yang paling sesuai untuk mendekati masyarakat umum di samping dilihat sebagai medan pendidikan dan dakwah yang sangat kondusif dalam membentuk akal fikir dan jati diri.

Satu lagi bintang baru muncul mewarnai dunia hiburan tanah air. Klip videonya sering ke udara di stesen tv astro menghiasi slot ‘Indahnya Iman’ setelah suaranya mula menjadi perhatian dan sentiasa berkumandang di corong-corong radio seperti SinarFM, THR dan IkimFM. Beliau ialah Maliq Suhaimi, artis baru dibawah label I-Art Media.

Suara Persis Almarhum Ustaz Asri Ibrahim
Maliq Suhaimi atau nama sebenar beliau Raja Suhaimi Bin Raja Chulan merupakan pemilik suara yang sering kedengaran di radio dan televisyen. Memiliki suara dan nada lenggok persis Almarhum Ustaz Asri Ibrahim, Maliq Suhaimi menjelaskan bahawa Pahlawan Nasyid itu merupakan tokoh nasyid yang dikagumi sejak kecil lagi.

Bekas Vokalis Irfan
Menyingkap kembali perjalanan kariernya sehinggalah beliau digelar penasyid, minatnya di bidang seni suara sudah berputik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti kesenian di peringkat sekolah, daerah, negeri dan aktif bergelanggang ke tengah masyarakat ketika menyambung pengajian di Pusat Pengajian Swasta Ilmiah Damascus, Syria. Hasil kecenderungannya, beliau pernah merakam 2 buah album bersama teman-temannya yang dikenali sebagai kumpulan IRFAN.

7 Keagungan Selawat – Maliq Suhaimi

Album 7 Keagungan Selawat
Beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu sebagai sumbangannya dalam usaha membentuk dan mendidik manusia supaya kembali mencintai Allah dan Rasulullah. Maka dengan kerjasama I Art Media, terbitlah sebuah lagi album berjudul ‘7 Keagungan Selawat’.

Album ini memuatkan selawat-selawat popular yang diberi nafas baru, disamping sebuah track bonus, “Insan Teragung” yang menjadi track istimewa yang didedikasikan buat Junjungan Besar, Rasulullah SAW. Album ini turut menggunakan khidmat professional Belle Fatah, Ujang dan Along Exist.

“Antara asas fitrah dalam jiwa manusia itu ialah rasa bertuhan dan inginkan hiburan. Manakala asas hiburan pula adalah kasih sayang kerana kasih sayang itu sendiri adalah hiburan, tetapi kebanyakan manusia telah menagih hiburan daripada sumber yang jauh dari Allah. Hari ini jiwa manusia telah kenyang disogok dengan hiburan-hiburan yang sangat merosak dan melalaikan.” ujar Maliq.

“Ada yang sudah kenyang, ada yang sudah muak dan ada pula yang masih lagi kelaparan. Oleh itu dengan kemudahan dan kudrat yang telah dianugerahkan, saya berharap pendengar memberi peluang kepada album ini supaya kita dapat kembali kepada fitrah asalnya iaitu berkasih sayang. Doa daripada anda amat diharapkan, moga album ini menjadi sebuah album yang dapat mendidik dan membawa kita hampir kepada Allah.” ucap Maliq lagi.

Mutawwif Di Agensi Umrah Terkenal
Selain bergiat aktif dalam dunia hiburan, beliau turut bertugas sebagai mutawwif pembimbing Umrah dan Ziarah di sebuah agensi pelancongan di ibu kota. Menurut beliau, kerjaya secara sambilan sebegini memudahkan beliau untuk aktif bergelanggang ke tengah masyarakat di samping mudah mengatur masa bersama keluarga.

Maliq Suhaimi ketika bertugas menjadi Mutawwif pada bulan Ramadhan lalu. Sumber: Maliq Suhaimi.

Maliq menjelaskan, “Sebagai mutawwif, selain kita bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat dan memimpin Jemaah umrah, kita juga adalah da’ie (pendakwah) yang saling menasihati diri dan mengingatkan antara sesama insan. Sepanjang bertugas, para jemaah akan dibekalkan dengan segala maklumat dan bantuan bagi membantu memudahkan urusan ibadah mereka disana. Moga-moga sekembalinya mereka ke tanah air, lahirnya manusia baru yang luarbiasa.”

Kepada peminat yang ingin mendapatkan album ini atau ingin mengundang untuk persembahan, sila hubungi Pegawai Promosi dan Pemasaran I Art Media melalui talian 013-2518783.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago