Categories: BeritaTempatanTerkini

Masriezan & Fiza Bertemu Cinta Di UIA

Masriezan dan Fiza.

Vokalis utama kumpulan Varianz, Mohammed Masriezan Bin Masri (Masriezan), telah selamat diijabkabulkan bersama suri hati yang tercinta, Hafizah Bt Abdul Kadir (Fiza) pada hari Jumaat lepas, 2 November 2012. Majlis akad nikah pasangan mempelai ini telah diadakan di Masjid Kampung Sukau, Kinabatangan, Sabah. Mereka telah dinikahkan selepas Solat Isyak, kira-kira pada jam 7.3o malam.

Pada keesokkan harinya, hari Sabtu, 3 November 2012, pasangan romantis ini telah mengadakan majlis resepsi di kediaman mereka yang terletak di Kinabatangan, Sabah. Majlis yang sungguh meriah ini telah dihadiri oleh ramai saudara mara dan sahabat handai kedua-dua mempelai ini.

Ketika ditemubual oleh pihak pihak Munsyeed{Dot}Com, Masriezan dan Fiza yang tidak lekang dengan senyuman manis mereka memberitahu pertemuan pertama antara Masriezan dan Fiza bermula sewaktu mereka sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Masriezan yang merupakan graduan ijazah sarjana muda Ilmu Wahyu telah jatuh hati kepada Fiza yang turut belajar di UIA dalam jurusan ekonomi.

Pertemuan tersebut telah melahirkan bibit-bibit cinta antara Masriezan dan Fiza yang akhirnya mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada tahun 2010

Selepas hampir 3 tahun menempuh cabaran dan dugaan, akhirnya pada 2 November 2012, Fiza Kadir telah selamat menjadi permaisuri hati buat Masriezan dengan sekali lafaz. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pengantin baharu ini.

Munsyeed{Dot}Com mengucapkan selamat pengantin baharu dan

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

buat Masriezan dan Fiza.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago