Categories: BeritaTempatanTerkini

Mawi Pilih Jordan & Palestin Rakam Klip Video Baru

Mawi World – Mawi Forever, ramai yang kini beranggapan bahawa populariti Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi sudah sampai ke penghujungnya, namun kenyataan itu bakal disangkal kerana sekali lagi auranya bakal disentuh dan dipercayai bakal mengusik kembali minat dan sejurus menaikkan semula namanya di persada seni dengan pengeluaran single terbaru darinya dan Filsuf iaitu ‘Sahabat Dalam Tubuh’.

Pemenang tiga kali berturut-turut Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (2005-2007) ini menyifatkan muzik yang dibawanya lebih ke arah simbol ketuhanan dan memuja keindahan Illahi dan sering mendapat perhatian pendengar muzik tanah air. Lagu-lagu yang berirama ‘theatrical’ dan bait bait lirik lebih ke arah imej ketuhanan dan mengingati sesama manusia membuatkan lagi setiap single dikeluarkannya dinantikan oleh peminat muzik tanah air. Antara kejayaan single yang diraih olehnya dapat dilihat melalui lagu ‘Al-Haq…Yang Satu’ gandingan hebat Mawi dan Dato’ Ac Mizal dan  single ‘Hambamu’ yang menjadi lagu tema untuk program TV ‘Imam Muda’ merupakan gandingan mantap antara Mawi dan Akhil Hayy.

Single terbaru ‘Sahabat Dalam Tubuh’ mampu mendapat sambutan yang hangat seperti mana kejayaan yang diraih dengan single Al’Nuraa. ‘Sahabat Dalam Tubuh’ ini merupakan hasil ciptaan bersama antara Mawi dan Daly Filsuf.

Fadali Mohd. Darif atau lebih dikenali sebagai Daly merupakan salah seorang ahli kumpulan hip-hop terkenal tanah air, Ahli Fiqir. Masih mengekalkan imej Ahli Fiqir, tapi kini lebih selesa dengan membawa nama Filsuf yang juga memberi maksud ‘Ahli Fikir’ dalam perkataan Arab. Kehebatan kumpulan Ahli Fikir ini tidak dapat disangkal lagi apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006.

Bagi mempromosi lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’, sebuah muzik video telah diterbitkan. Muzik video yang berdurasi 5.01 minit itu dirakamkan di negara yang ratanya dihuni oleh penduduk beragama Islam iaitu Jordan dan Palestin. Istimewanya untuk single kali ini, kelainan yang dibawa oleh Mawi dengan mempamerkan bakat terpendam beliau dalam bidang ‘rapping’. Ini merupakan kolaborasi kedua mereka selepas single bersama bertajuk ‘Al’Nuraa’.

Khas buat peminat yang merindui nyanyian dari Mawi dan Filsuf dan ingin melihat gandingan istimewa mereka, terima lah lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’ yang juga sudah boleh saksikan muzik video rasmi mereka di sini.

Lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’ ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago