Categories: BeritaTempatan

MelakaFM Perkenal Carta Nasyid Sepanjang Zaman

Baru-baru ini, kami mendapat informasi dari rakan kami yang berada di Melaka. Katanya, stesen radio MelakaFM memperkenalkan sebuah segmen baru, khas untuk peminat nasyid yang diberi nama Carta Nasyid Sepanjang Zaman.

Carta Nasyid Sepanjang Zaman akan keudara setiap Ahad jam 5.30 petang di MelakaFM. Menariknya, anda bukan sahaja boleh mengundi lagu nasyid yang terkini, malah lagu-lagu nasyid malar segar dari zaman Al-Mizan, Ahmadi Hassan dan Nadamurni pun boleh dicalonkan dalam carta nasyid ini.

Carta Nasyid Sepanjang Zaman ini dikendalikan oleh DJ Mohammad Asrul Edzuandy atau lebih mesra disapa DJ Asrul.

Di MelakaFM, DJ Asrul terkenal dengan kemesraan dan gaya bersahaja dalam mengendalikan segmen Suara Kedamaian yang memberi fokus kepada mahasiswa, nasyid dan belia. Kini, beliau akan mengendalikan Carta Nasyid Sepanjang Zaman pada setiap hari Ahad, jam 5.30 petang.

Untuk mereka ingin mengundi dan mencalonkan lagu ke Carta Nasyid Sepanjang Zaman, anda boleh lihat manual dibawah:

Cara Mengundi di Carta Nasyid Sepanjang Zaman.Sumber: MelakaFM

Semoga usaha yang dilakukan oleh DJ Asrul dan MelakaFM mendapat keberkatan dari Allah SWT dan merancakkan lagi industri hiburan Islam di Malaysia. Syabas kami ucapkan!

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago