Mengenang Fenomena Nasyid

Fenomena nasyid di Malaysia sudah wujud sekian lama. Awalnya mungkin pengaruh nasyid ini dipelopori oleh penasyid veteran seperti Al-Jawaher, Al-Mizan dan yang seangkatan dengannya. Kehadiran kumpulan nasyid ini dilihat satu sudut yang baru dalam dunia seni tetapi kurang dipandang oleh masyarakat lantaran kekurangan nilai komersial. Pada waktu itu, yang mendapat tempat di kalangan masyarakat adalah irama Rock dan Pop yang berjaya mendapat perhatian pendengar.

Dalam pada masa yang sama, wujud juga penasyid ‘Underground’ yang bergerak secara senyap tanpa menggunakan nilai komersial dan pengaruh media. Kehadiran kumpulan Nada Murni, The Zikr, Anugerah, dan yang lain-lainnya adalah atas faktor dakwah melalui hiburan tanpa berfikir untuk popular, keuntungan malah untuk diagung-agungkan sebagai artis. Kehadiran kumpulan nasyid bergenre tradisional ini banyak di tiru oleh kumpulan lain yang turut bernaung di syarikat sama dan juga mengikut ‘trademark’ yang digunakan oleh Nadamurni.

Dua kategori nasyid ini adalah berbeza pada sudut halatuju dan penampilan mereka. Al-Jawaher, Al-Mizan dan yang lainnya dilihat hanya memfokuskan pada nilai hiburan muzik sahaja tetapi tidak mengambil berat soal pemakaian yang sempurna dan juga halatuju mereka. Malah ada juga lagu mereka yang berentak pop dan dicipta oleh komposer terkenal seperti M.Nasir.

Manakala kumpulan muzik tradisional seperti Nadamurni dan The Zikr ini mempunyai halatuju yang lebih besar kerana mereka sendiri bernaung di bawah sebuah pertubuhan Islam yang mempunyai misi dakwah yang ingin dicapai. Penampilan mereka berkonsepkan sunnah apabila mengenakan pemakaian berjubah, serban dan berniqab untuk penasyid wanita mereka.

Kedua-dua kategori nasyid di atas sememangnya pernah mencipta fenomena dalam nasyid di Malaysia. Mereka sebenarnya pencetus irama nasyid ini yang bertapak di Malaysia sejak dahulu lagi.

Sebelum kehadiran mereka, irama seni pada sudut islami dilihat agak bercampur baur. Lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tidak kurang juga yang mengetengahkan isu Islami dalam penciptaan dan nyanyian lagu-lagu beliau. Antaranya adalah seperti lagu Berkorban Apa Sahaja, Rukun Islam dan lain-lain lagi.

Hari ini, mereka semua dilihat sudah menjadi sejarah pada irama seni nasyid tanahair. Walaupun ahlinya masih ada, tetapi kumpulannya sudah menjadi sejarah. Yang ada untuk kita tatapi pada hari ini adalah warisan peninggalan suara-suara dan memori mereka suatu tika dahulu. Apabila menonton dan mendengar kembali persembahan mereka, sudah pasti akan menggamit sebuah memori keindahan irama nasyid yang menjadi pemula bertapaknya kategori nasyid di Malaysia ini.

Yang lama akan dikenang, yang baru teruskan berjuang. Perjuangan penasyid ini masih lagi diteruskan dengan perjuangan bercorak bari sesuai dengan peredaran zaman moden kini. Ahli al-Jawaher, Al-Mizan dan yang lainnya tak pasti dimana. Mungkin sudah ada yang kembali ke rahmatullah, wallahua’lam.

Ahli Nadamurni, The Zikr, Anugerah, Mustika dan yang lain-lain meneruskan perjuangan dengan menubuhkan kumpulan baru. Ada juga yang menjadi pengurus kepada kumpulan nasyid, Ada yang menjadi peniaga. Ada yang menjadi komposer bertindak di belakang tabir dan berbagai lagi profisyen yang ada.

Fenomena nasyid akan terus menjadi sebuah fenomena. Nasyid hari ini sudah tidak sama seperti nasyid dahulu. Mahu bicara situasi nasyid hari ini, panjang pula bicaranya. Walau apapun, semoga nasyid ini dipelihara oleh Allah seperti mana Islam itu dipelihara oleh Allah sehingga Hari Kiamat.

Along Safa

Along Safa, Penulis Jemputan Munsyeed.com. Seorang yang popular dikalangan penasyid dan peminat nasyid dek kelantangannya memberi kritik saran kepada industri nasyid suatu ketika dahulu. Kini, bisanya masih terasa dengan penulisan-penulisan yang cukup kritis dan lontaran idea dan pengalaman yang cukup baik.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago