Categories: BeritaSiaran Media

Meriahkan Sambutan Kemerdekaan Dengan Program TV Terbaik TV AlHijrah

TV AlHijrah akan menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 dengan pelbagai program istimewa bertemakan “Malaysia Madani Jiwa Merdeka”. Barisan rancangan terbaik ini telah dijadualkan siarannya demi menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga penonton.

Antara barisan rancangan yang harus ditonton adalah Podcast Suara Ulama Merdeka, Gema Haflah, Assalamualaikum Khas Merdeka, Malaysia Quran Hour, Kapsul Jiwa Merdeka dan Malaysia Megah Di Puncak Dunia. Podcast Suara Ulama Merdeka merupakan sebuah rancangan yang membawa penonton secara santai namun penuh ilmiah untuk mendalami kisah sejarah dan erti kemerdekaan yang sebenar.

Berbeza dengan mana-mana program yang pernah ditayangkan sebelum ini, Podcast Suara Ulama Merdeka memberikan kelainan apabila penonton berpeluang menelusuri sejarah perjuangan para ulama dalam mengecapi kebebasan serta peranan mereka dalam memelihara masa depan Islam dan Malaysia yang lebih cemerlang. Rancangan ini akan disiarkan pada 26 ogos hingga 3 september, hari Isnin dan Selasa, jam 9 malam, bersama pengacara jemputan Khir Rahman.

Seterusnya, Gema Haflah musim keempat akan disiarkan pada Khamis, 29 Ogos 2024, jam 9 malam. Istimewa kali ini, Gema Haflah memaparkan persembahan alunan ayat-ayat suci al-Quran dengan variasi alunan seni tarannum oleh barisan qari daripada anggota keselamatan negara iaitu PDRM, JBPM, ATM dan APMM menerusi tema ‘PERWIRA’ sempena sambutan hari kemerdekaan negara tahun ini.

Rancangan Assalamualaikum Khas Merdeka pula akan ditayangkan pada 30 ogos ini jam 7 pagi. Penonton berpeluang untuk bersama-sama hos rancangan seperti Amie Sofea Ahmad, Naufal Hatta, Ustaz Nabil Ahmad dan Ardi Herman Mohd Mardzi bagi memperingati detik-detik istimewa Hari merdeka dan Hari Malaysia. Barisan tetamu jemputan pelbagai latar belakang termasuk para asatizah, tokoh-tokoh korporat dan negarawan turut berkongsi kisah keharmonian masyarakat majmuk sambil menghayati istilah jiwa merdeka menurut Islam.

Pada hari yang sama, tepat jam 10 pagi, TV AlHijrah akan menyiarkan Malaysia Quran Hour yang akan bersiaran langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Penganjuran kali ini memberi penekanan kepada nilai spiritual kemerdekaan penonton sambil menghayati ajaran al-Quran menerusi mesej yang dibawa oleh surah-surahnya.

Seterusnya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Jiwa Merdeka pada 31 Ogos ini di kaca televisyen anda. Jiwa Merdeka adalah rancangan bergenre kapsul doa yang membawa penonton menghayati detik-detik pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Istimewanya, penonton turut berpeluang menghayati doa pertama yang dibacakan oleh Almarhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said sejurus pengisytiharan kemerdekaan tersebut. Imbasan ini juga akan diselang selikan dengan hadis-hadis pilihan serta saranan para ulama untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam diri penonton.

TV AlHijrah juga akan menyiarkan rancangan Malaysia Megah Di Puncak Dunia pada 16 September, Isnin, jam 6 petang. Malaysia Megah di Puncak Dunia akan membawa penonton mengikuti pengembaraan rakyat Malaysia, Khafiz Al Khicok yang mencabar ketahanan mental dan fizikalnya dalam menawan puncak Gunung K2 di Pakistan, gunung kedua tertinggi di dunia selepas Everest. Ketabahan dan keazamannya dalam menghabiskan misi ini pastinya dapat menjadi pembakar semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus maju menggapai impian.

Teruskan menyokong TV AlHijrah dengan mengikuti perkembangan isu semasa di platform media sosial stesen ini terutamanya di platform TikTok Berita AlHijrah yang kini telah mencapai 1.1 juta pengikut. Selain itu, kesemua program – program menarik juga boleh ditonton menerusi aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar masing-masing.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago