Berita

Mikraj Cinta Lagu Nasyid Terbaik AIM 22

Mikraj Cinta yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza telah diangkat sebagai Lagu Nasyid Terbaik di malam berprestij Anugerah Industri Muzik ke-22 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi. Lagu hasil ciptaan komposer Hafiz Hamidun dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya ini merupakan penyertaan pertama bagi Datuk Siti Nurhaliza di dalam kategori ini semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 2008.

Hafiz yang pada ketika ini sedang mengerjakan umrah sempat mengucapkan tahniah serta penghargaan kepada Datuk Siti sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang kategori itu menerusi laman Twitter



Kejayaan ini sekaligus menewaskan empat calon hebat lain yang bertanding di dalam kategori tersebut antaranya penyanyi nasyid sensasi Suhaimi Saad (Cinta Sidna), Lah Ahmad (Maulaya), Daqmie (Tangis Sebatang Tamar) dan kumpulan Caliph Buskers (Hanya NamaMu).

Selain kategori Lagu Nasyid Terbaik, Datuk Siti juga berjaya mengungguli 4 lagi kategori lain yang dipertandingkan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi, Album Terbaik dan Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Malam anugerah berprestij ini juga menyaksikan kemenangan gandingan Altimet bersama penyanyi dan vlogger terkenal Takahara Suiko di dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik menerusi lagu Janji hasil ciptaan komposer Anas Amdan dan Ahmad ‘Kemas’ Khair. Lagu yang mengisahkan perjalanan sejarah Nabi Musa A.S ini ternyata berjaya memikat hati para juri professional AIM kali ini, sekaligus mengenepikan calon-calon lain yang turut sama bertanding di dalam kategori tersebut iaitu Sonaone (Confirm Ah, Hakeleh), Lah Ahmad (Mengelamun) dan Salammusik (Terima Kasih).

Anugerah Industri Muzik ke-22 telah disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria bermula jam 9 malam dan dihoskan oleh Harith Iskander bersama Adibah Noor. Pentas AIM dibuka dengan persembahan penuh bertenaga daripada kumpulan nasyid Rabbani, Syamsul Yusof, Hazama dan Daly Filsuf.

– Munsyeed

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago