Rasanya sudah hampir 3 tahun kita tidak mendengar sebarang karya terbaru daripada kumpulan vokal berharmoni paling dinamik di Malaysia, Mirwana. Kali terakhir mereka dilihat muncul bersama dengan karya baru adalah pada penghujung 2011 bersama rapper dan penyanyi hip-hop terkenal Altimet di dalam single berjudul “Itu Ini Begitu Begini”.
Walaubagaimanapun, penantian para kipas susah mati kumpulan Mirwana kini telah berakhir apabila semalam mereka secara rasminya telah menerbitkan single terbaru berjudul “Esok Menanti” menerusi sebuah video lirik rasmi terbitan Green Mango Entertainment.
Dari kiri: Naim, Akmal, Ikram, Hafiz, Faiz, Hafiz Hamzah
Kemunculan klip video terbaru ini sedikit sebanyak berjaya membuatkan peminat mampu menarik sedikit nafas lega sekaligus menamatkan spekulasi perpecahan anggota kumpulan Mirwana terutamanya selepas melihat kemunculan secara solo oleh Hafiz dan juga Naim selain Akmal yang dilihat semakin aktif bersama band SAJA.
“Esok Menanti” merupakan karya hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akmal Mirwana manakala klip videonya yang berdurasi selama 4:08 telah mendapat sentuhan emas daripada Hafiz Mohtar (Schizomotion Media & Art).
Tanpa berlengah lagi, jom saksikan klip video “Esok Menanti” di bawah ini.
Bagi peminat setia kumpulan ini, lagu “Esok Menanti” bukanlah suatu karya yang asing bagi mereka. Ini kerana Mirwana kerap mempersembahkan secara eksklusif lagu tersebut khas buat para peminat yang tidak pernah jemu menyokong Mirwana di dalam setiap konsert mahupun persembahan mereka selama ini. (klik)
– Munsyeed Dot Com