Categories: BeritaTempatan

Mirwana Layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik

Setelah sekian lama, akhirnya kumpulan nasyid Mirwana berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya mereka layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik

Lebih istimewa, kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 di SMKA Maahad Hamadiah, Kajang mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Tika Masanya (MIRWANA feat Hujan) dan Manifestasi Cinta (Fiq feat MIRWANA).

Menurut jadual, mereka akan mengadakan persembahan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik pada 15 November 2010 di Sri Pentas 2, Plaza Alam  Sentral, Shah Alam.

Untuk rekod, kumpulan yang dianggotai oleh Along, Izzat, Akmal, Hafiz, Ikram dan Naim telah beberapa kali memenangi anugerah termasuk Artis Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 9, tahun 2004.

Kini, mereka juga sedang giat mempromosikan album terbaru mereka yang berjudul Bumi Akhir Usia yang diedarkan secara bersama oleh Warner Music Sdn Bhd dan Inteam Records Sdn Bhd. MUNSYEED.COM


Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago