Categories: BeritaTempatanTerkini

Mu’adz Sertai Demo #SaveGaza

Artis nasyid solo terkenal, Mu’adz Dzulkefly telah menyertai sebuah Perhimpunan Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Gaza (#SaveGaza) di Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Aqsa Syarif, Haluan dan NGO-NGO Malaysia ini merupakan respon terpantas umat Islam di Malaysia selepas tercetusnya serangan bertubi-tubi Israel terhadap wilayah Gaza di Palestin baru-baru ini.

Perhimpunan Aman ini diadakan serentak dengan perhimpunan aman yang turut diadakan di beberapa buah negara yang mengutuk tindakan biadap tanpa perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Gaza. Mu’adz yang merupakan bekas anggota kumpulan Al-Masaar telah hadir dan memberi sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan NGO Malaysia dalam mengutuk dan membantah serangan biadap Israel.

Disamping menjadi artis, Munsyeed{Dot}Com difahamkan Mu’adz juga merupakan seorang aktivis yang lantang memperjuangkan isu Palestin melalui lagu-lagunya.

Kira-kira hampir 1,000 orang hadir ke perhimpunan aman tersebut yang berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Duta Amerika Syarikat di Malaysia.

Selain Mu’adz, Admin & Pengasas Maher Zain Malaysian Fan Club, Mohd Fairuz atau popular dengan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut hadir memberikan sokongan pada perhimpunan aman tersebut. Tidak ketinggalan, Pemangku Ketua Editor Munsyeed Online (Antarabangsa), Usamah Kamaruzaman juga hadir dalam demonstrasi aman itu.

Beberapa gambar sempat dirakamkan oleh peserta demonstrasi yang menyedari kehadiran Mu’adz dalam perhimpunan aman tersebut.  Berikut adalah gambar yang dikongsi oleh peserta demo di Facebook Mu’adz Dzulkefly. (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

[carousel arrows=”display” buttons=”display”]
[panel]

Perhimpunan Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Gaza.  Gambar ihsan: Nordin Mohd Salem

 [/panel]
[panel]

Gambar Mu’adz yang dirakamkan oleh NGO Haluan.

 [/panel]
[panel]

Mu’adz di Demonstrasi #SaveGaza. Gambar dirakamkan oleh Raja Fairuz Raja Mazlan.

[/panel]
[/carousel]Tahniah diucapkan kepada Mu’adz. Semoga ia menjadi contoh yang baik kepada para peminat untuk lebih prihatin dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Takbir! ALLAHU AKBAR!

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago