Poster Majlis Hi-Tea Rebuild Gaza For A Nation.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama OIC dan Rabbani Production (M) Sdn Bhd akan menganjurkan Majlis Hi-Tea Rebuild Gaza For A Nation di Hotel De Palma, Ampang, 29 Jun ini.
Dalam kenyataan media yang dibekalkan kepada para pengamal media, pihak MAPIM menjelaskan majlis Hi-Tea ini dianjurkan sebagai usaha berterusan MAPIM untuk memupuk tanggungjawab dikalangan rakyat Malaysia agar bersama-sama membantu GAZA menerusi kempen Rebuild Gaza For A Nation yang digerakkan oleh MAPIM secara besar-besaran awal tahun ini.
Wakil MAPIM, Setiausaha Agung, En. Abdullah bin Hj. Ismail memberi ucapan
Menurut Setiausaha MAPIM, Encik Abdullah Bin Hj Ismail, pada majlis kali ini, MAPIM bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pihak OIC, Rabbani Production dan pengurusan Hotel De Palma sendiri dalam penganjuran Majlis Hi Tea Rebuild Gaza. Tidak ketinggalan, kesudian penyanyi No 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza untuk turut sama menjayakan majlis hi-tea pada hujung bulan ini.
“Pada kali ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Siti Nurhaliza dan Rabbani kerana sudi bersama kami dalam acara ini. Kami harapkan nama besar ini dapat mengajak banyak pihak untuk memberi sokongan kepada usaha dan kempen Rebuild Gaza For A Nation ini.” ucap Encik Abdullah sewaktu majlis sidang media yang berlangsung di Hotel De Palma.
Sesi bergambar seusai majlis sidang media di Hotel De Palma.
Tambah beliau, para penyumbang dijemput untuk menyertai majlis hi-tea ini dan menyumbang ke arah usaha membangunkan semula Gaza yang teruk dibedil Israel dalam beberapa siri serangan sejak beberapa tahun lalu.
“Mereka dialu-alukan memberi sumbangan melalui pelbagai bentuk samada buah fikiran, material, masa dan tenaga. Para penyumbang boleh membeli meja jamuan petang dengan harga RM1,500, RM2,500 dan RM5,000. Pendapatan dari jualan meja ini akan dimasukkan ke tabung Rebuild Gaza For A Nation (Pembangunan Semula Gaza). Walaupun sekadar jamuan petang yang kami hidangkan namun harapan kami sumbangan ini diberikan atas dasar rasa kesedaran untuk bersama dalam usaha ini.” jelas Encik Abdullah.
Pihak MAPIM memakaikan mafla Palestin kepada Dato Siti Nurhaliza.
Hadir sama di majlis sidang media tersebut, Dato Siti Nurhaliza, Rabbani, selebriti terkenal Nizal Muhammad, wakil MAPIM dan wakil pihak Hotel De Palma. Di majlis tersebut, pihak MAPIM turut mengambil peluang memakaikan mafla Palestin kepada wakilpihak yang terlibat dalam majlis ini sebagai simbolik sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis hi tea ini.
Perbincangan diantara Dato Siti, Rabbani, wakil MAPIM dan wakil Hotel De Palma.
Kepada mereka yang berkelapangan bolehlah menyertai Majlis Hi-Tea Rebuild Gaza For A Nation yang menampilkan Dato Siti Nurhaliza dan Rabbani sambil menyumbang ke dalam tabung Rebuild Gaza For A Nation yang dilancarkan oleh MAPIM.
– Munsyeed Dot Com