Muadz, Yasin & Faizal Tahir Gegar MyGMJ

Faizal Tahir, Muadz dan Yasin Sulaiman bergabung dalam Malam Kemuncak MyGMJ esok!

Sekretariat Malaysia Global March To Jerusalem (MyGMJ) dengan sukacitanya ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama di dalam menjayakan Malam Kemuncak MyGMJ 2013.

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Nama program: Malaysia Global March To Jerusalem (MyGMJ)
  • Hari: Jumaat
  • Tarikh: 7 Jun 2013
  • Masa: 8.00 – 11.00 malam
  • Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

Malam Kemuncak MyGMJ kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama bersatu dalam memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat dan membebaskan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dari cengkaman Israel Zionis.

Antara selebriti yang akan melakukan persembahan adalah Faizal Tahir, Muadz Dzulkifly, Yasin Sulaiman, Jes Ebrahim, Iman Dzulkifly, Pak Agi dan ramai lagi. Malam kemuncak ini menggabungkan nasyid, Flash Mob, Sajak dan pelbagai kejutan menarik.

Ayuh ajak seramai mungkin sahabat handai, seisi keluarga bersama-sama menyertai MalamKemuncak MyGMJ esok. Jumpa anda disana!

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago