Munsyeed TV
0 comments

Deen Squad Dedahkan 9 Twit ‘Terbaik’

by on December 20, 2016
 

Kalau dah namanya selebriti, populariti yang dikecapi bukan sahaja melahirkan ramai peminat. Sebaliknya ia juga melahirkan golongan haters yang istiqamah 24/7 mencari keburukan.

Sebagai tanda penghargaan terhadap keistiqamahan golongan haters sepanjang tahun ini, duo dinamik Deen Squad membacakan twit ‘terbaik’ yang pernah ditujukan kepada mereka dalam sebuah video ala segmen Mean Tweets dari rancangan Jimmy Kimmel.

Apa pandangan anda dengan reaksi balas mereka?

Dalam pada itu kumpulan ini baru sahaja melancarkan mixtape terbaru mereka berjudul Purify Your Soul yang sehingga kini telah mencatat lebih 100,000 muat turun di laman web rasmi Deen Squad. Mereka juga telah mengeluarkan 3 buah single baru sepanjang 2016 bertajuk Inshallah, Salam dan Mabrook. Kesemua lagu mereka boleh didapati di semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes dan Deezer.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response