Munsyid Malaysia Anjur Pertandingan Nasyid Malaysia Bersama Gaza, Tawar Hadiah Lumayan

Sempena Karnival Sumud Nusantara dan Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza yang bakal berlangsung pada 22–24 Ogos ini di Dataran Merdeka, Munsyid Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Nasyid Malaysia Bersama Gaza pada 24 Ogos 2025.

Pertandingan yang dijadualkan bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan universiti, dengan syarat lagu yang dipersembahkan bertemakan kemanusiaan dan perjuangan Palestin.

Setiausaha Agung Munsyid Malaysia, Muhammad Mahdi Mohd Tholaat berkata, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000 disediakan kepada pemenang.

Senarai hadiah:
• Juara: RM5,000
• Naib Juara: RM3,000
• Tempat Ketiga: RM1,500
• Saguhati: RM500

Timbalan Presiden, Wan Syahrul Amry Wan Mansor mengajak semua munsyid dan penggiat seni dakwah untuk hadir memberi sokongan, sekali gus memeriahkan acara sebagai simbol perpaduan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Maklumat lanjut dan pendaftaran pertandingan boleh dibuat dengan menghubungi:
Khairul (Biro Acara & Keusahawanan): +6012-2744122
Ashraf (Biro Acara & Keusahawanan): +6017-5941334

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago