Munsyid Malaysia Anjur Ziarah Mangsa Kejadian Tanah Runtuh

Munsyid Malaysia akan menganjurkan Program Lawatan & Sumbangan Derma kepada keluarga & mangsa kejadian tanah runtuh yang melibatkan penghuni Rumah Anak Yatim & Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Program ini akan diadakan bertujuan untuk menzahirkan rasa prihatin artis-artis nasyid terhadap kejadian yang menimpa penghuni madrasah tersebut.

Program yang bakal menampilkan penyertaan terbesar artis-artis nasyid ini dilihat sebagai satu usaha amal artis-artis nasyid bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kejadian tersebut. Disamping sumbangan derma, penghuni Madrasah At-Taqwa yang kini ditempatkan di Lembah Azwen Resort bakal disajikan dengan terapi rohani berbentuk tazkirah motivasi dari artis-artis yang hadir.

Menurut penulis lirik terkenal, Mohd Radzi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ito Lara, serentak dengan itu, pihak Munsyid Malaysia akan melancarkan Tabung Dana Percussion bagi membantu adik-adik penghuni madrasah untuk kembali aktif bernasyid setelah alat percussion milik mereka rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Berikut merupakan butiran lanjut mengenai program yang bakal berlangsung pada esok hari:

Hari: Jumaat
Tarikh: 27.Mei.2011
Masa: 9 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Lembah Azwen Resort
Anjuran: Munsyid Malaysia.

Tentatif program:

9.00 a.m. – Ketibaan di Lembah Azwen Resort
9.30 a.m. – Sarapan ringkas
10.00 a.m – Tahlil arwah
10.30 a.m – Tazkirah motivasi ringkas
11.00 a.m – Penyerahan Sumbangan dan saguhati
11.30 a.m. – Persembahan istimewa artis-artis nasyid.
12.00 tengahari – Bersurai

Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk wang, anda boleh bank in sumbangan anda ke akaun

Nama : Wan Norhaina bt Wan Ab Razak
No.Akaun : 164294286566
Bank: Maybank

Berikut adalah peta untuk ke lokasi program- Lembah Azwen Resort.

Program ini juga turut mendapat sokongan padu daripada kelab-kelab peminat nasyid seperti Komuniti Teman Inteam (KTI), Komuniti Sahabat Hijjaz (KSH), Famili Unic (FU), Raihan Frenz, Kelab Sahabat Rabbani (CAMAR), Kerabat Devotees, Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) dan ramai lagi kelab peminat nasyid seluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk P.I.C program- Saudara Nazri Amin di talian 019-2046341. -MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago