Categories: BeritaTempatanTerkini

Konsert Mikraj Cinta Anjuran MUTIARA JCORP

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2014. Mutiara Johor Corporation akan menganjurkan Konsert Mikraj Cinta di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru pada 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H.

Mutiara Johor Corporation merupakan antara Organisasi Bisnes Amal dalam Kumpulan Johor Corporation yang bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat melalui program-program keagamaan, sumbangan amal, sosial dan akademik di kalangan ahli-ahlinya dan masyarakat.

Tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana Tabung Mutiara Johor Corporation di mana dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, rumah-rumah kebajikan, sumbangan Ramadan dan sebagainya.

Konsert Mikraj Cinta ini diadakan bersempena dengan peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah di mana ianya merupakan satu perjalanan dan pengembaraan serta mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W pada malam hari di atas kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T. Dalam peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Melalui peristiwa Israk Mikraj inilah terbinanya asas agama Islam iaitu kefarduan solat 5 waktu.

[carousel arrows=”display”]
[panel][/panel]
[panel][/panel]
[panel][/panel]
[panel][/panel]
[/carousel]

“Menerusi konsert ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan para penonton, meningkatkan pengetahuan, ketaqwaan, keimanan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W melalui alunan zikir, selawat dan tazkirah disamping dapat menghayati persembahan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan seterusnya memperolehi ilmu yang boleh mendidik jiwa dan memberi santapan rohani kepada para penonton” – Pengerusi Mutiara Johor Corporation, YDh. Datin Noor Laila binti Yahaya berkata demikian di sidang akhbar yang berlangsung semalam di Menara Johor Corporation, Kuala Lumpur.

Konsert Mikraj Cinta akan diterajui oleh artis terkenal iaitu Hafiz Hamidun, bergandingan bersama Pencetus Ummah Rahmat serta seorang qariah antarabangsa dan personaliti TV iaitu Sharifah Khasif.

Konsert yang bakal diiringi oleh “live music” ini meletakkan sasaran jualan tiket sebanyak 5000 tiket kepada badan-badan korporat, persatuan-persatuan dan orang ramai. Tiket yang dijual pada harga RM35, RM65, RM110 dan RM160 boleh didapati secara online di Ticket2U.Biz atau di kaunter-kaunter terpilih bermula pada 1 April 2014.

[alert variation=”alert-info”]Beli tiket online: Ticket2U.Biz[/alert]
[alert variation=”alert-info”]Sekretariat Konsert Mikraj Cinta: 07-3564 888 / 019-752 5111[/alert]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago