Nasyid Rock atau Rock Nasyid?

Penyatuan antara nasyid dan rock kini sudah tidak asing lagi. Artis nasyid dan artis rock kini dilihat agak kamcing dan mempunyai hubungan yang akrab. Maka tidak hairanlah apabila wujudnya lambakan lagu kolaborasi antara nasyid dan rock.

Jika dahulu, situasi ini dilihat agak janggal. Ini kerana pada waktu itu, dominasi peminat nasyid hanya melihat nasyid pada satu sudut yang sempit. Situasi ini juga ditambah dengan fenomena Hijjaz And the Geng yang mewujudkan irama nasyid segar yang memfokuskan kepada remaja. Muzik Hijjaz, In-team, UNIC dan Mestica yang meletup di zaman era tahun 2000 hingga 2005 ini sememangnya satu suasana yang indah tetapi semakin hilang pada hari ini.

Hari ini, peminat nasyid di paksa untuk menerima satu anjakan baru dalam industri nasyid. Muzik nasyid kini lebih luas dan artis nasyid lebih kreatif untuk menghasilkan karya yang pelbagai. Kehadiran irama rock dalam nasyid dilihat cukup akrab apabila ramai kumpulan nasyid dan artis solo nasyid berkolaborasi bersama artis rock.


Antaranya adalah seperti Raihan dan Awie Wings menyanyikan lagu duet Dari Tuhan. Mirwana dan Jay-jay menyanyikan lagu Aku Tanpa Cintamu. Rabbani berduet bersama Amy Search dalam lagu Mentari Merah di Ufuk Timur. Munif Hijjaz berduet bersama kumpulan Exists dalam lagu Dirgahayu Kerlipan Bintang. Malah Munif Hijjaz turut mencipta lagu untuk kumpulan Exists berjudul Dengan Atau Tanpamu.

Along Safa

Along Safa, Penulis Jemputan Munsyeed.com. Seorang yang popular dikalangan penasyid dan peminat nasyid dek kelantangannya memberi kritik saran kepada industri nasyid suatu ketika dahulu. Kini, bisanya masih terasa dengan penulisan-penulisan yang cukup kritis dan lontaran idea dan pengalaman yang cukup baik.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago