Video Muzik

Netizen Luah Rasa Sebak Selepas Tonton Video Muzik DIA

Seperti yang dijanjikan, kumpulan nasyid popular, Inteam akhirnya melancarkan video muzik rasmi single terbaru mereka berjudul Dia. Video muzik Dia telah disiarkan secara eksklusif di saluran Youtube Inteam Records bermula 5.10.2018 jam 9.00 malam.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak apabila menonton video muzik Dia. Menampilkan pasangan pelakon popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza, video muzik Dia mengisahkan keteguhan cinta sepasang suami isteri yang diuji apabila si suami yang bertugas sebagai sukarelawan di Gaza telah dilaporkan hilang dalam misi kemanusiaan tersebut. Tangisan si isteri yang ditemani 2 orang anak yang masih kecil cukup menghibakan. Biarpun cintanya diuji, si isteri masih setia menanti kepulangan suaminya dan akhirnya mereka dipertemukan semula dalam suasana yang sangat memilukan.

Reaksi positif peminat selepas menonton Dia

Disamping lakonan mantap Norman Hakim dan Memey Suhaiza, kekuatan sebenar lagu ini terletak kepada lagu Dia ini sendiri yang berjaya disampaikan dengan penuh perasaan oleh kumpulan Inteam. Tidak dinafikan, kekuatan vokal Inteam sangat menyerlah melalui lagu ini. Dengar sahaja bagaimana Syahril dan Hisyam menyanyikan ‘high note’ lagu ini. Tidak dilupakan kelunakan suara Hazamin dan Rahim yang menyempurnakan lagu ini. Lagu ini tidak mungkin sesedap ini tanpa salah seorang ahli kumpulan Inteam. Kombinasi yang sempurna!

Lagu Dia ini merupakan ciptaan komposer Harry Khalifah manakala lirik oleh Syahril dari kumpulan Inteam sendiri.

Setakat artikel ini ditulis, video muzik Dia telah berjaya mencapai hampir 170,000 tontonan dan berada pada kedudukan No.2 video sedang tular (trending) pada ketika ini.

Kepada mereka yang belum menonton, anda boleh layari saluran Youtube Inteam Records disini. Selamat menonton!

p/s: Dialog akhir antara Hazamin dan Norman Hakim sangat deep! Ia membuatkan penulis tertanya, adakah dialog tersebut rekaan semata-mata atau ianya datang dari hati, adaptasi dari kisah benar? Hanya Inteam yang tahu jawapannya.

– Munsyeed

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago