Nite Live Show @ Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood

Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai bisnes terbaru yang sedang diusahakan oleh Munif Hijjaz iaitu Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood.

Bertempat di Greenwood, Gombak, Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood ini menyajikan pelbagai hidangan yang enak dengan harga yang berpatutan. Restoran ini menyediakan masakan barat, tempatan, Thai dan timur tengah. Variasi makanan ini menjadikan restoran ini mesra keluarga dan lokasi paling ideal untuk orang ramai menikmati makanan.

Antara juadah yang istimewa di restoran ini adalah Nasi Arab Al-Qassam, Bihun Basah Sumayyah, Char Kuey Tiaw Berapi, Mee Bandung Munif Hijjaz dan banyak lagi.

Menariknya, disamping menikmati juadah, anda juga akan dihidangkan dengan persembahan-persembahan menarik secara live pada hujung minggu. Ramai artis yang terlibat dalam memeriahkan hujung minggu di restoran ini. Tidak cukup setakat itu, pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di restoran ini yang menjadikan ia lokasi hujung minggu paling menarik untuk anda.

Pada hujung minggu ini, beberapa artis popular akan hadir untuk slot yang diberi nama Nite Live Show @ Restoran Munif Hijjjaz D’Greenwood. Mereka ialah Dakmie, Acap Fine, Amir Hufaz, Hafiz Rahman, Fursan dan Munif Hijjaz sendiri.

Kepada mereka yang berkelapangan, bolehlah datang ke restoran ini dan menikmati juadah lazat yang disediakan sambil dihiburkan oleh artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut.

Untuk tempahan meja, hubungi 019 382 2053 atau 013 222 9484.

Klik Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood untuk membuka lokasi di applikasi Waze.

– Munsyeed Dot Com.

[alert size=”alert-block” variation=”alert-success”] [icons icon=”icon-flag” color=”#81d742″] Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood[/alert]

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago