Categories: BeritaInternational

Paramount Terbit Filem Epik Nabi Noh a.s. Berjudul NOAH

Syarikat perfileman gergasi dunia, Paramount Pictures akan menerbitkan sebuah filem epik mengenai kisah Nabi Noh a.s. yang diberi judul Noah.

Poster Filem Noah

Pihak kami difahamkan, filem terbitan Paramount Pictures dengan kerjasama Regency ini akan mula menjengah ke pawagam pada Mac 2014.

Dibintangi Russell Crowe, Jennifer Connelly dan Emma Watson, filem arahan Darren Aronofsky ini bakal menampilkan sudut pandang penganut Kristian dan masyarakat Barat terhadap kisah Nabi Noh a.s. yang membina bahtera bagi menghadapi bencana paling dahsyat iaitu banjir terbesar dalam sejarah dunia.

Kemunculan filem ini dijangka bakal menarik perhatian masyarakat dunia untuk melihat dan mengkaji perjalanan kisah sejarah yang cukup mengagumkan ini.  Sejauh mana ia menepati sejarah yang difahami penganut agama Kristian dan juga Islam? Sama-sama kita nantikan.

Jom tonton trailer filem epik berjudul Noah.

showinfo=0

Esok, kami akan menemu ramah seorang agamawan yang terkenal bagi mendapatkan sudut pandang beliau mengenai kemunculan filem ini.

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago