Categories: Terkini

Perbetulkan Persepsi Terhadap Islam – Yusuf Islam

Nama Yusuf Islam bukanlah satu nama yang asing dalam hiburan dakwah. Malah, nama ini sudah menjadi sebagai seorang ikon hebat yang pernah wujud dalam industri hiburan Islam sejak beberapa dekad lalu.

Justeru, pemilik nama asal Cat Steven ini tidak putus-putus dalam mengembangkan mesej Islamnya diserata dunia melalui lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan. Malah, Yusuf juga bergiat cergas sebagai seorang aktivis yang tidak jemu-jemu berdakwah di segenap pelusuk dunia, yang turut sama mahu menyebarkan mesej keamanan sejagat.

Kunjungan Yusuf Islam ke Negara ini membuktikan beliau mempunyai keyakinan yang amat tinggi mengenai perkembangan Islam di Negara ini. Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara yang dilimpahi kurnia dengan pelbagai sumber. Tambahnya lagi, Negara ini juga adalah antara negara yang disukainya dan berharap akan memanfaatkan apa yag ada disini, dan beliau ternyata amat berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya kelak.

Lawatan singkat beliau ke Malaysia lebih istimewa apabila menjadi tetamu kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Malah, beliau juga telah dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Dalam kedua-dua pertemuan dengan pemimpin Negara tersebut, Yusuf banyak bertukar pendapat tentang muzik dan bidang pendidikan.

Dalam satu temuramahnya di salah sebuah televisyen swasta, Yusof turut memberikan pandangan beliau mengenai konsep hiburan mengikut perspektif dalam medium dakwah. Menurutnya, muzik itu adalah sesuatu yang cukup harmoni dan ia membentuk kedamaian dan keindahan hidup di dunia ini kalau digunakan dengan cara yang betul.

“Ketika ini masyarakat dunia sudah mulai bosan dengan peperangan dan bosan dengan isu politik dan untuk itu nilai muzik yang harmoni perlu ada,” katanya.

“Pandangan serong itu perlu diperbetulkan. Ada lagi yang berpandangan Islam adalah musuh kepada agama lain kerana persepsi salah yang sengaja digembar-gemburkan.

“Justeru, bagi saya dakwah adalah senjata bagi menangkis tohmahan itu. Dakwah juga sebahagian daripada Islam kerana kita mengajak manusia ke arah kebaikan. Mesej Islam adalah benar dan ajarannya cukup harmoni.”

Dalam pada itu, Yusuf baru sahaja mengeluarkan album bertajuk Roadsinger. Malah, sempena kedatangannya ke Malaysia, beliau turut mengeluarkan single terbarunya, Wind East & West yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman webnya.

Yusuf juga dikhabarkan akan membangunkan sebuah projek dakwah di Malaysia berasaskan animasi/visual, dimana pengumumannya akan dibuat kelak sekiranya pasti. Sebuah konsert juga masih dalam perancangan daripadanya. MUNSYEED.COM

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago