Categories: Ketua PengarangKolum

Platform Penasyid Muda

Oleh: Aizax (Ketua Pengarang Munsyeed)

Assalammualaikum. Salam Sejahtera. Salam Aidiladha.

Sejak dua menjak ni, saya sering mengikuti perkembangan para penasyid muda yang baru nak memulakan langkah mereka ke dunia nasyid. Kadangkala, ada yang rajin men’tag’ video mereka di Facebook, dan ada yang memuat naik hasil kerja mereka di Youtube.

Dalam mendengar kualiti lagu yang mereka persembahkan, mungkin ada kekurangan dari segi teknikal audionya, namun saya amat tertarik dengan beberapa bakat-bakat baru yang begitu terselah potensinya untuk memeriahkan lagi industri nasyid.

Ramai yang hanya sekadar menyanyi lagu ‘cover version’ daripada penasyid yang mereka sukai, namun tidak kurang juga yang menyanyikan lagu yang mereka sendiri cipta. Namun, saya tetap memuji mereka kerana berani menonjolkan bakat mereka.

Menariknya, ada juga yang menonjolkan diri  mereka sebagai ‘singer songwriter’. Penggunaan pelbagai software muzik juga memudahkan, dimana ada diantara mereka yang turut menyusun muzik sendiri.

Tak dinafikan, banyak yang berbakat. Malah saya sendiri tertarik pada dua tiga material yang sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh. Lagunya bagus, liriknya juga menarik.

Cuma, tertanya juga saya sendirian. Bukankah bagus jika budak-budak ini diberikan platform yang lebih luas untuk mengembangkan bakat mereka? Atau sekurang-kurangnya, diberikan show-show kecil untuk mereka menonjolkan lagi bakat yang ada.

Umum tahu, muzik tempatan masih tenat. Jika mahu dibikin album pun, belum tentu akan terjual banyak sekalipun kualitinya ditahap tertinggi. Juga, kos untuk menerbitkan sesebuah album bukan murah, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Namun, sesuatu harus dilakukan agar penasyid baru ini dapat perhatian yang sewajarnya. Syarikat rakaman nasyid pun, haruslah membantu. Paling tidak, keluarkan kompilasi untuk expose kumpulan-kumpulan nasyid ini.

Saya amat yakin, kalau kita beri platform yang luas pada mereka, mungkin boleh meriah kembali industri nasyid. Mana tahu, industri mainstream yang lain boleh tenggelam jika nasyid kembali meriah?

AIZAX: SIAPA LAGI MAHU TOLONG, KALAU BUKAN KITA?

?

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago