Categories: BeritaTempatanTerkini

Pra Tempahan Nur Zikir Terapi IV Hafiz Hamidun Kini Dibuka

Biarpun terpalit dengan kontroversi tidak berapa lama dahulu, penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun sehingga kini masih mampu untuk bangun dan mengorak langkah ke hadapan meneruskan perjuangannya di arena seni dan dakwah tanah air. Beliau yang baru-baru ini telah dilantik sebagai ikon #JomCintaNabi BH kini sedang menghitung hari untuk melancarkan buah tangan terbaharu sempena kehadiran Maulidur Rasul tidak lama lagi.

Buah tangan berbentuk album yang diberi nama Nur Zikir Terapi IV ini merupakan karya kesinambungan dari siri album-album Zikir Terapi terdahulu. Menurut Hafiz kepada BHOnline, album ini telah menjalani proses rakaman di beberapa buah negara iaitu Mesir, Turki, Indonesia dan juga Malaysia.

Menerusi album Nur Zikir Terapi IV, para pendengar akan dihidangkan dengan 10 trek alunan zikir-zikir lazim dalam bentuk dan gaya persembahan yang tidak jauh bezanya dengan album-album Zikir Terapi yang terdahulu. Daripada 10 buah trek zikir yang terkandung di dalam album ini, 2 buah trek zikir sudah pun mula diperdengarkan kepada umum di laman rasmi YouTube Arteffects Media dan telah menerima reaksi serta komen positif daripada para netizen.

Berikut adalah senarai zikir dalam Nur Zikir Terapi IV:-

  1. Nur
  2. Astaghfirullah Robbal Baroya
  3. Allahu Allah
  4. Laisalaha Mindunillah
  5. Hasbi Rabbi Jallallah
  6. Sajda
  7. Ya Hayyu Ya Qoyyum
  8. Subhanallahil Azim
  9. Syahadah
  10. Selawat Nur

Pra tempahan album Nur Zikir Terapi IV kini telah pun dibuka dan boleh dilakukan menerusi platform digital iTunes pada harga RM24.90. Manakala bagi mereka yang berminat untuk memiliki album ini dalam bentuk fizikal, tempahan awal boleh dilakukan di laman e-dagang Haje.my dengan harga promosi RM23.31.

 

 

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago