Connect with us

Berita

Himpunan Program Menarik TV Alhijrah Sepanjang Cuti Sekolah

Diterbitkan

pada

Cuti penggal persekolahan kembali lagi. Waktu cuti persekolahan ini pastinya dinantikan oleh golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Pastinya pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan disusun atur agar waktu rehat ini dimanfaatkan sebaiknya.

Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah turut sama teruja untuk meraikan musim cuti ini bersama adik-adik tersayang. Sambil berehat di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, pastinya rancangan-rancangan menarik yang akan ditayangkan di AlHijrah Kids dapat menceriakan penonton setia stesen ini.

TV AlHijrah akan menghadiahkan enam siri animasi menarik dan istimewa untuk penonton cilik dirumah. Pastinya animasi MUJEEB AND STEVE, TIJAN ANNOUR, DAN DEN DON, MISI ADY, PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA dan BABY KHALIFAH akan mewarnakan hari cuti adik-adik .

Apa yang menariknya, kesemua rancangan kanak-kanak ini bukan sahaja menghiburkan, malahan ia didatangkan dengan pelbagai mesej bermanfaat seperti mesej keamanan, nilai kasih sayang di dalam persahabatan dan kekeluargaan serta kepentingan mencintai alam sekitar ditonjolkan dengan menarik dan penuh warna warni. Pastinya, malalui suntikan program yang menghiburkan namun bermanfaat mampu membuatkan musim cuti sekolah lebih bermakna.

1. MUJEEB AND STEVE

Siri animasi MUJEEB AND STEVE buat pertamanya kalinya disiarkan di TV AlHijrah akan menemui adik-adik tepat jam 2.05 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 17 Mac 2017. Disiarkan dengan durasi 15 minit siaran, Mujeeb And Steve bakal memperkenalkan dunia adik-adik tentang asas penting kepercayaan umat Islam seluruh dunia. Ikuti lawak jenaka serta pendekatan secara bersahaja yang disampaikan mereka dalam berdakwah.

2. TIJAN ANNOUR

TIJAN ANNOUR adalah sebuah program realiti yang memberi fokus kepada pertandingan bacaan ayat al-Quran oleh Qari Junior dari seluruh dunia.

Tijan Annour disiarkan setiap Jumaat bermula jam 4.10 minit petang. TV AlHijrah memilih untuk menayangkan rancangan Tijan Annour bagi memberikan galakan dan dorongan buat kanak-kanak agar memupuk rasa cintakan Al-Quran. Rasa kecintaan ini boleh dizahirkan dengan membaca dan menghafaz ayat-ayat suci serta memantapkan kemahiran berbahasa Arab.

51 peserta dari seluruh dunia telah dipilih sebagai peserta. Hanya 3 orang peserta terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat akhir untuk merebut gelaran jauara. Dalam setiap episod, video pendek mengenai latar belakang peserta dan keluarga akan dipaparkan.

Antara panel yang menjadi juri unutk pertandingan ini adalah Dr. Ayman Suwaid (Chairman of the Scientific Council of the Global Body of the Holy Quran, Syria), Dr. Ahmed Al Massrawi (Head of Egyptian Quran Reciters Egypt), Dr. Abdul Rashid Sufi (Specialized in Quranic Sciences, Qatar), Dr. Othman Siddiqui (Specialized in recitation science, KSA) dan
Sheikh Mahmoud Akkawi (Sheikh of Beirut Reciters, Lebanon).

3. DAN DEN DON

DAN DEN DON adalah siri animasi hasil cetusan idea dan karya kartunis Don (Gila Gila) yang disiarkan setiap Rabu, jam 4.10 minit petang. Siri animasi ini merupakan animasi unik yang menyelam ke dalam kehidupan anak-anak yang dibesarkan dalam alam semula jadi yang menakjubkan dan persekitaran luar bandar. Melalui mata dan fikiran mereka, proses edutainment dapat disampaikan kepada penonton dirumah dengan penuh warna warni dan menarik. Saksikan, Dan Den Don menjalani aktiviti-aktiviti harian mereka dengan senario kehidupan kampung sebenar.

4. MISI ADY

MISI ADY akan disiarkan bermula 17 Mac 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 5 petang. Siri animasi ini mengisahkan tentang Ady, seorang budak lelaki yang popular dan disukai ramai. Dia juga merupakan pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat “A” untuk setiap mata pelajaran Sains. Di sebabkan keputusannya yang teruk, ibunya telah memberikan sebuah permainan yang akan dapat membantu Ady dalam mata pelajaran Sains. Namun, setelah dia bermain permainan video itu, dia dan kucingnya Darcy, telah terperangkap di dalam dunia permainan dan terpaksa menyelamatkan Puteri Jambu. Dapatkah Ady mengatasi semua halangan untuk berjaya mencari Puteri Jambu?

5. PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA

Siri PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA disiarkan setiap hari jam 4.30 petang. Panggilan Agung Iman & Sara adalah sebuah program yang memaparkan video-video animasi karakter Iman dan Sara yang begitu comel sekali dalam mendendangkan lagu-lagu berunsur Islam dan pengajaran yang baik istimewa buat adik-adik di rumah. Antara yang dimuatkan di dalam Panggilan Agung Iman & Sara adalah bacaan doa-doa pendek, kapsul menarik, lagu-lagu istimewa yang disampaikan dalam pelbagai Bahasa untuk dipelajari adik-adik seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan lain-lain.

6. BABY KHALIFAH

Baby Khalifah disiarkan setiap hari bermula 17 Mac 2017, pada jam 2.15 petang. Baby Khalifah merupakan sebuah rancangan animasi yang berkonsepkan kuliah fardhu ain. Rancangan ini disiarkan dengan tujuan untuk mengajar dan memberi ilmu kepada golongan cilik dalam keadaan santai, menarik, menghiburkan namun penuh ilmu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Pastinya, adik-adik penonton dapat memanfaatkan masa rehat dirumah dengan penuh bermanfaat selepas menonton Baby Khalifah. Baby Khalifah akan mengajar adik-adik mengaji, mengambil wudhu, menunaikan solat serta menghafal doa-doa harian yang mudah.

Galeri Gambar

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Diterbitkan

pada

I'm Not Ready To Let You Go - Zain Bhikha.

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.

Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.

“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.

I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.

Other Releases

“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.

“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.

“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.

All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.

Continue Reading

Berita

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Diterbitkan

pada

Yang Mulia - Daqmie x Mestica. Sumber: Daqmie

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.

Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.

Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.

Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.

Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.

Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Sumber: Daqmie

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment