Categories: Meja Munsyeed

Proses Naik Taraf Laman Web Munsyeed

Assalamualaikum wbt.

Seinfiniti kesyukaran kehadrat ALLAH SWT atas setiap nikmat dan kasih sayang yang diberikan. Selawat dan Salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kekasih ALLAH yang sangat mencintai kita, umatnya.

Atas sokongan, kerjasama dan doa semua pihak, alhamdulillah, pengunjung laman web Munsyeed{Dot}Com semakin ramai dan industri nasyid semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai pihak. Kami di Munsyeed{Dot}Com mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua artis, penggiat industri nasyid, para pembaca, rakan media dan semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyokong usaha kami di Munsyeed{Dot}Com memartabatkan industri nasyid melalui bidang kewartawanan dan new media.

Namun, laman web Munsyeed{Dot}Com sudah tidak mampu lagi menampung jumlah pengunjung yang begitu ramai di laman web. Setelah menjalani perbincangan yang cukup panjang, demi keselesaan para pembaca yang dihormati, pihak Munsyeed{Dot}Com akan menjalani proses penambahbaikan dan menaiktaraf laman web selama beberapa hari. Oleh itu, pembaca mungkin akan mengalami kesukaran untuk akses laman web Munsyeed{Dot}Com dalam beberapa hari ini.

Untuk setiap kesulitan yang dihadapi sepanjang proses menaiktaraf ini, kami di Munsyeed{Dot}Com memohon jutaan kemaafan kepada semua pembaca. Segala usaha menaiktaraf laman web ini adalah untuk keselesaan para pembaca yang budiman di masa akan datang. Pun begitu, segala informasi terkini akan tetap dikemaskini di Facebook Munsyeed Corner (www.facebook.com/munsyeed) dan di Twitter Munsyeed (www.twitter.com/munsyeed).

Kami juga dengan rendah diri memohon agar para pembaca dapat mendoakan segala proses menaiktaraf ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Semoga ALLAH SWT melimpahkan kebaikan dan kasih sayang yang mencurah-curah buat semua para pembaca yang tidak henti-henti menyokong dan mendoakan kami di Munsyeed{Dot}Com.

Bersama Memartabatkan Islam Ke Seluruh Dunia.

 

Husaini Hussein
Pengasas,
Munsyeed{Dot}Com – New Media For Islamic Entertainment.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Share
Published by
Husaini Hussein

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago