Categories: BeritaTempatan

Rabbani & Inteam Tangguh Konsert Demi PRU

Berdasarkan info yang kami perolehi setakat ini, sekurang-kurangnya dua konsert nasyid mega bakal ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Parlimen Malaysia ke-13 (PRU 13) untuk diadakan.

Rabbani

Rabbani Production (M) Sdn Bhd telah menghubungi pihak Munsyeed{Dot}Com memberitahu mengenai penangguhan Konsert Kemuncak Rebuild Gaza yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung April 2013.

Konsert Kemuncak Rebuild Gaza merupakan program rentetan dari Kempen Antarabangsa Rebuild Gaza For A Nation yang digerakkan oleh Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Rabbani Production (M) Sdn Bhd dan Yayasan Dr Rozmey. Bermula dengan Konsert Prelude Rebuild Gaza yang telah diadakan di Kedah hujung Mac lalu, Konsert Kemuncak Rebuild Gaza sepatutnya diadakan bersama dengan Karnival Rebuild Gaza di Stadium Melawati Shah Alam dari 27 April 2013 hingga 1 Mei 2013.

Setakat ini, pihak penganjur belum lagi memberi kata putus tarikh sebenar Karnival dan Konsert Kemuncak Rebuild Gaza yang telah ditangguhkan ini. Sebarang info dan maklumat terkini akan diumumkan oleh pihak penganjur sendiri melalu saluran rasmi mereka.

Inteam

Selain Rabbani Production, sebuah lagi syarikat produksi nasyid, Inteam Records Sdn Bhd bertindak menangguhkan konsert nasyid mega yang melibatkan artis nasyid antarabangsa, Opick.

Opick. Kredit: FB Inteam Records

Menurut berita yang kami perolehi, Inteam Records pada mulanya merancang untuk menganjurkan sebuah konsert berskala besar yang bakal melibatkan Opick sebagai artis utama pada hujung bulan Jun. Selepas pengumuman pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini, pihak kami difahamkan konsert mega tersebut akan ditunda bagi memberi ruang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 dijalankan. Enggan tergesa-gesa, Inteam Records akhirnya membuat keputusan untuk menunda konsert Opick ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago