Categories: BeritaInternational

Raihan Duet Dengan Rossa

Raihan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Artis nasyid antarabangsa ini telah menempa nama di persada muzik tanahair sejak tahun 1996 lagi. Sehingga kini kumpulan ini masih aktif mengadakan persembahan di dalam dan di luar negara. Pada tahun ini mereka telah menjelajah ke beberapa buah negara iaitu Algeria, Syria dan Indonesia.

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, kumpulan Raihan telah diundang sekali lagi untuk memeriahkan sambutan Ramadhan di Indonesia. Bukan calang-calang artis yang boleh menembusi khalayak peminat tegar di Indonesia, namun kumpulan nasyid tersohor ini tetap konsisten mendapat tempat di hati para peminat mereka di sana. Tidak hairanlah pada beberapa bulan yang lalu mereka telah terpilih untuk menyertai Festival Irama Sufi yang telah di adakan di Aceh. Festival yang disertai oleh pemuzik antarabangsa itu melibatkan wakil dari pelbagai negara termasuklah dari Iran, Perancis, India, Mesir dan  Indonesia sendiri selaku tuan rumah.

Terbaru pada bulan ini mereka sekali lagi berkunjung ke tanah seberang, Indonesia. Kali ini mereka memenuhi jemputan salah sebuah stesen tv utama Indonesia iaitu MNCTV untuk menjayakan beberpa siri konsert sempena bulan Ramadhan.

Raihan telah dipilih oleh stesen tv tersebut berdasarkan populariti mereka yang utuh disamping menjadi ikon muzik religi yang konsisten di arena antarabangsa. Pada program tersebut Raihan digandingkan dengan beberapa artis popular Indonesia. Antaranya ialah Rossa, Thia ( Juara AFI 2004), Rizal dari Grup Armada, Tasya, Selfi dan Sulis.

Raihan bersama pengarah muzik, Trias

Dua program utama yang telah siap rakamannya di Studio 3, MNCTV Jakarta ialah Simfoni Religi dan Easy Listening. Kedua dua rancangan ini di bawa secara live dan diiringi oleh pemuzik-pemuzik dari Indonesia. Di dalam rancangan Simfoni Religi Raihan menyampaikan 10 buah lagu-lagu hit mereka yang menjadi pilihan peminat Indonesia. Rancangan ini di jadikan 2 episod memandangkan banyak melibatkan barisan artis Indonesia lain, kebanyakan lagu yang mereka nyanyikan adalah lagu-lagu dari kumpulan Raihan. Contohnya Rossa telah bergandingan dengan Raihan dalam lagu yang berjudul Demi Masa. Begitu juga dengan Rizal dari Grup Armada mengalunkan Solawat bersama dengan Raihan.

Raihan dan Sulis

Manakala di dalam rancangan Easy Listening pula Raihan berkolaborasi dengan Thia dalam lagu Demi Masa, Selvi di dalam lagu Puji-pijian, Sulis di dalam lagu Iktiraf. Program yang memakan masa 1jam setengah ini menampilkan Raihan sebagai hostnya dan mereka telah menyampaikan 9 buah lagu. Antara lagu-lagu tersebut ialah; Assalamualaikum, Demi Masa, Iktiraf, Senyum, Mari Bersolat, Puji-pujian, Thank You Allah, Allahu, Syukur, Cahaya Selawat dan lain lain.

Pemain perkusi yang diundang khas oleh MNCTV iaitu Steve Hasan Thornton yang mengiringi Raihan dalam lagu Thank You Allah

Di samping itu,  program tersebut turut mengundang Steve Hasan Thornton untuk bermain perkusi bagi mengiringi persembahan mereka. Sementara pengarah muzik bagi kedua-dua program itu ialah Trias.

Raihan dalam program bual bicara Intermezzo.

Raihan turut tampil di rancangan “talk show Indonesia” yang dinamakan Intermezzo. Rancangan temubual ini memberi peluang kepada Raihan untuk berkongsi pengalaman mereka menjelajah dunia kepada dengan peminat-peminat mereka di Indonesia. Raihan telah berkongsi kenangan manis mereka semasa menjelajah ke 6 benua termasuklah Asia, Eropah, Afrika, Australia, Amerika dan Caribbean. Turut disertakan klip video dan foto-foto menarik sepanjang tour mereka di luar negara.

Raihan bersama Rossa yang berduet dalam lagu Demi Masa dalam program Simfoni Religi studio 3 MNCTV Indonesia

Menurut Rossa, beliau begitu terharu sekali bila mendapat undangan daripada Raihan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Beliau teruja bila pihak penganjur meminta beliau menyanyikan lagu Demi Masa berduet dengan Raihan. Hajatnya selama ini untuk tampil menanyikan lagu religi akhirnya tercapai bila Raihan sudi berkolaborasi dengan beliau di atas pentas.

Syabas diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Raihan. Semoga sinar dakwah mereka menyinar ke seantero dunia.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago