Categories: BeritaTempatan

“Ramai yang terperangkap dalam cinta toksik, tekanan mendapatkan validasi di media sosial…” – One Path

Kumpulan nasyid One Path tampil dengan karya terbaharu apabila melancarkan single berjudul “KECEWA”, ciptaan Ustaz Adnin Roslan. Lagu bergenre Pop/Religi ini telah mula berada di semua platform digital pada Sabtu, 22 November 2025, manakala Official Music Video (MV) boleh ditonton menerusi YouTube Tarbiah Sentap.

Menerusi “KECEWA”, One Path mengetengahkan realiti yang dekat dengan kehidupan remaja hari ini yang berdepan dengan isu patah hati, terperangkap dalam cinta toksik, serta tekanan untuk mendapatkan validasi di media sosial. Lirik dan mesej lagu ini menggambarkan bagaimana manusia mudah hanyut dalam cinta yang sementara, hingga terlupa ketenangan dan makna cinta sebenar yang lebih hakiki.

Lebih daripada sekadar lagu tentang kekecewaan, “KECEWA” turut membawa ajakan halus untuk kembali mencari kekuatan dan arah dengan menjadikan cinta Ilahi sebagai sandaran. Ia tampil sebagai karya yang relevan buat mereka yang sedang pulih, mencari sinar, dan merasa penat dengan dunia yang penuh ilusi.

Single “KECEWA” kini boleh didengari di semua platform digital, sementara MV rasmi boleh ditonton di YouTube Tarbiah Sentap.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago