Categories: BeritaTempatan

Raqib AF9 Buat Amal Melalui Bintang Syurga

Pada awal Oktober lalu, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang terkenal dengan lagu Luahan Rasa, Raqib Majid muncul dengan single hit terbarunya Bintang Syurga.

Untuk single terbaru ini, Raqib Majid telah bekerjasama dengan kumpulan nasyid remaja popular tanahair, UNIC. Ia adalah projek khas (CSR) bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Mesir, Palestin, Syria & Rohingya.

Setelah menyepi selama 2 tahun, ini merupakan comeback dan laluan untuk memperkenalkan Raqib Majid yang kini sah bergelar artis di bawah label UNIC Records dan diuruskan oleh UNICDOTMY Pro Sdn Bhd.

Dalam kesibukan mempromosikan Bintang Syurga di media cetak juga elektronik, pemuda berusia 23 tahun ini juga sibuk memenuhi jemputan persembahan nyanyian juga tilawah Al-Quran.

showsearch=0

Album istimewa Bintang Syurga yang mempunyai 4 track iaitu Bintang Syurga, Narration, Qunut Nazilah & Instrumental Bintang Syurga ini sudah boleh didapati secara online di www.unicmyshop.com , iTunes & Amazon.com.

Secara umumnya, Bintang Syurga merupakan lagu yang dicipta oleh Bazli UNIC dan lirik oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan diterbitkan oleh syarikat rakaman, UNIC Records.

Ingin mengenali Raqib dengan lebih dekat? Jom baca profil Raqib yang disediakan oleh pihak pengurusan Raqib.

Biodata Raqib AF9

Kagum dengan pencapaian Raqib. Alhamdulillah, semoga Raqib istiqamah dalam menyumbang kearah kebaikan ummah dan kejayaan Islam. Ameen. Selamat berjaya Raqib!

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago