Connect with us

Berita

Raudhatul Jannah juara Pendakwah Muslimah 2018

Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah dinobatkan sebagai juara di pentas akhir Pendakwah Muslimah 2018

Diterbitkan

pada

Program Pendakwah Muslimah melabuhkan tirai dengan menyaksikan peserta termuda pertandingan itu, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah dinobatkan sebagai juara di pentas akhir Pendakwah Muslimah 2018 yang telah bersiaran secara langsung di saluran TV Alhijrah. Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah yang menggunakan tagline ‘Dakwah Bilhikmah Pasti Kemah!’ mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi lantas berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, Pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam acara kemuncak yang diadakan di Alhijrah Big Studio Cyberjaya, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah atau turut dipanggil Pendakwah Muslimah Raudhah itu berjaya mengatasi saingan sengit daripada Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuashati berada pada kedudukan tempat kedua dan ketiga.

Manakala Pendakwah Muslimah Nora, Pendakwah Muslimah Azizah dan Pendakwah Muslimah Erni pula membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 dan trofi sumbangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Ketua Unit Penerbitan, Encik Adi Syamsul Mohd Hayee yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif Rancangan Pendakwah Muslimah, “keputusan ini sukar diramal. Ini kerana, untuk saingan akhir, para finalis dinilai dari persembahan tazkirah secara solo dan juga tazkirah secara berduet. Kelemahan atau kekurangan dalam salah satu penyampaian tazkirah akan memberi kesan kepada markah keseluruhan.

“Namun, Pendakwah Muslimah Raudhah yang berasal dari Shah Alam, Selangor dilihat sangat tenang, tegas dan bersahaja dalam mengupas tajuk ‘Suami & Anakku Penghuni Syurga’ secara padat dan tepat. Ini memberikan kelebihan kepada beliau di mata juri professional iaitu Datuk Dr. Izhar Mohd Ariff dan Dr. Nik Salida Suhaila.”

“Saya melihat keenam-enam finalis adalah juara. Kesemua mereka cemerlang pada peringkat akhir walau kebanyakan daripada mereka sudah berkeluarga dan harus membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan mengikuti modul-modul latihan yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).”

“Jelas sekali, andai berkemahuan, diberikan pendedahan, latihan dan, dibaja dengan Ilmu oleh mentor yang baik, wanita mampu menjadi pendakwah hebat. Setidaknya kepada kumpulan kecil iaitu keluarga mereka sendiri.” Jelas Adi Syamsul.

“Kami juga berterima kasih kepada Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Insitut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) yang bertindak selaku rakan kerjasama dan penaja. Tanpa mereka, sukar untuk kita realisasikan rancangan ini.” tambah beliau lagi.

Sewaktu ditebak tentang perasaan bergelar juara, Pendakwah Muslimah Raudhah berkata, dia sendiri agak terkejut dan tidak menyangka akan memenangi pertandingan itu memandangkan saingan hebat yang diberikan oleh lima finalis lain.

“Kemenangan ini bukanlah titik muktamad kepada perjalanan saya untuk menjadi Pendakwah Muslimah. Tetapi ia adalah detik permulaan buat saya secara serius menggerakkan langkah Ummah.” ujar pelajar tahun akhir Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.”

Saya adalah peserta termuda berbanding kelima-lima finalis lain. Namun, didikan ibu dan ayah serta tunjuk ajar mentor-mentor Pendakwah Muslimah iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nor Bin Mamat, Ustazah Siti Fatahiyah Binti Mahamood dan Ustazah Zawiah Hassan membantu saya untuk bergelar juara. Saya bersyukur”, kata beliau.

Sewaktu ditanya apakah sebab beliau menyertai rancangan ini, sambil tersenyum dan tertib bahasa beliau berkata, “antara salah satu sebab saya tertarik untuk menyertai program Pendakwah Muslimah yang diterbitkan oleh TV AlHijrah ini adalah disebabkan saya sendiri sedari awal memang kerap mengikuti rancangan-rancangan terbitan stesen ini.

“Saya bercita-cita untuk berdakwah di platform televisyen dan TV AlHijrah merealisasikan impian saya hari ini.” ujarnya.

Jelasnya lagi, dengan kemenangan yang diraihnya itu juga dilihat serba sedikit mampu mengubah pandangan tipikal sesetengah masyarakat Islam di negara ini tentang kerja-kerja dakwah oleh wanita.

“Saya berpendapat bahawa untuk bergelar pendakwah atau melakukan kerja-kerja menyebarkan syiar Islam bukanlah kerja mudah yang terletak kepada bahu kaum lelaki sahaja. Tetapi usaha dakwah ini sebenarnya adalah tanggungjawab semua orang. “ tegasnya.

Acara gemilang ini turut mendapat sokongan barisan selebriti yang hadir seperti Ustazah Isfadiah, Muniff Isa, Mas Muharni, Ustaz Taha Hassan, Hannan Abd Rahman, Harry Zainal, dan ramai lagi. Pentas akhir Pendakwah Muslimah turut dimeriahkan dengan kemunculan Lah Ahmad dan Ikhwan Fatanna yang menyampaikan dua buah lagu sebagai selingan.

Pentas akhir Pendakwah Muslimah 2018 dihoskan oleh pendakwah bebas, Shamsul Debat dan juga pengacara TV Alhijrah, Farah Diana Anuar.

Iklan
1 Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Wangian Tular Sampai ‘Sold Out’! Inteam & Earth Home Products Kini Jalin Kerjasama Rasmi

Diterbitkan

pada

Siapa sangka, “aura” yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada 28 September 2025 bukan sekadar datang daripada alunan lagu-lagu penuh jiwa, tetapi turut dipacu oleh satu elemen istimewa yang menyelinap ke deria tanpa disedari iaitu wangian.

Fenomena tular yang tercetus secara tidak dirancang itu kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar apabila Earth Home Products Malaysia dan kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, akhirnya memeterai satu kolaborasi rasmi baru-baru ini.

Impak Dari Konsert Inteam Kasih Kekasih, Produk ‘Sold Out’!

Segalanya bermula apabila wangian yang digunakan untuk menyegarkan ruang konsert sewaktu Inteam menyampaikan lagu Setanggi Syurga mencuri perhatian penonton, lantas mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Ramai peminat berkongsi pengalaman mereka dan mula bertanya produk apa yang digunakan, sebelum ia dikenal pasti sebagai Oasis Air Fragrance Pink Blossom.

Impaknya luar biasa apabila permintaan terhadap produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom meningkat secara mendadak dan produk tersebut dilaporkan habis terjual dalam tempoh singkat. Rata-rata pasar raya besar dan kedai dalam talian mengalami kehabisan stok setelah produk ini tular pasca Konsert Kasih Kekasih Inteam.

Pengalaman Pengguna – Bina Hubungan Antara Pengguna dan Produk

Melihat keserasian semula jadi antara pengalaman konsert, reaksi peminat dan identiti jenama, Earth Home Products Malaysia mengambil langkah untuk memeterai kolaborasi bersama Inteam, menjadikan momen tular itu sebagai asas kepada satu kerjasama strategik.

Menurut Pengarah Urusan Earth Home Products Malaysia, Mr. Okada Shotaro, kolaborasi ini membuktikan betapa kuatnya pengalaman pengguna sebenar dalam membina hubungan jenama yang lebih bermakna.

“Kolaborasi ini sangat istimewa buat kami kerana ia bermula daripada reaksi tulen peminat. Apabila kami melihat bagaimana wangian ini memberi kesan emosi kepada penonton, kami sedar ia bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman. Inteam membawa nilai, emosi dan spiritualiti yang selari dengan falsafah Earth Home,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak syarikat berasa terkejut apabila permintaan produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom tiba-tiba meningkat secara mendadak dan laku keras sehinggakan stok produk ini habis dalam masa yang singkat. Walaupun pihak syarikat telah meningkatkan pengeluaran produk, tetapi permintaan terhadap produk ini masih tinggi dan berterusan.

Perkara Kecil Yang Dilakukan Dengan Ikhlas, Beri Kesan Mendalam Kepada Peminat

Bagi Inteam, kerjasama ini turut dirasakan lahir daripada satu kebetulan yang tidak disangka-sangka. Anggota Inteam, Hazamin, menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dirancang namun penuh makna.

“Kami sendiri tidak menjangka wangian yang digunakan dalam konsert akan memberi kesan sebesar ini. Apa yang berlaku membuktikan bahawa perkara kecil yang dilakukan dengan ikhlas boleh meninggalkan kesan mendalam kepada peminat. Kolaborasi ini lahir daripada suara mereka,” ujarnya.

Wangian Memberi Rasa Tenang dan Melengkapkan Emosi Lagu Inteam

Sementara itu, Syah berkata pemilihan Oasis Air Fragrance Pink Blossom begitu bertepatan dengan suasana dan mesej yang dibawa Inteam melalui muzik mereka.

“Wangian ini memberi rasa tenang dan damai. Ia seolah-olah melengkapkan emosi lagu-lagu kami, khususnya Setanggi Syurga. Apabila peminat menggambarkannya sebagai ‘syurgawi’, kami rasa ia datang daripada rasa yang sama,” katanya.

Hubungan Organik Artis, Produk dan Peminat – Rahim Inteam

Bagi Rahim, kolaborasi ini membuka dimensi baharu hubungan antara artis, produk dan peminat yang jarang berlaku secara organik.

“Ini bukan sekadar kolaborasi komersial. Ia tentang pengalaman bersama, apa yang dirasai oleh peminat, itulah yang menjadi asas kerjasama ini. Kami sangat menghargai bagaimana peminat menjadi pencetus utama,” katanya.

Muzik dan Wangian Berkongsi Bahasa Yang Sama, Bahasa Deria

Manakala Hisyam menegaskan bahawa gabungan muzik dan wangian sebenarnya berkongsi bahasa yang sama: bahasa deria.

“Muzik adalah pengalaman deria, dan wangian juga begitu. Apabila kedua-duanya bertemu secara semula jadi, hasilnya sangat kuat. Kami teruja untuk membawa pengalaman ini ke konsert seterusnya,” jelasnya.

Wangian Eksklusif Konsert Inteam 1 Februari 2026

Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Oasis Air Fragrance Pink Blossom (24ml) dipilih sebagai wangian eksklusif kolaborasi dan akan ditaja oleh Earth Home Products Malaysia untuk Konsert Inteam pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert itu dijangka menghimpunkan lebih 9,500 penonton, dengan 80 peratus tiket telah terjual setakat ini.

Produk berkenaan turut boleh didapati menerusi kedai rasmi Earth Home dan Inteam di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Kerjasama ini dimeterai secara rasmi menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian di Pejabat Earth Home Products Malaysia, Phileo Damansara, dan disifatkan sebagai simbol kolaborasi berasaskan komuniti peminat serta pengalaman pengguna sebenar.

Dan kali ini, jelas sekali: bila peminat “bersuara”, momen tular boleh bertukar menjadi sejarah, lengkap dengan satu “wangian” yang akan terus dikenang sampai bila-bila oleh peminat yang telah hadir ke Konsert Inteam Kasih Kekasih dan yang bakal hadir ke Konsert Inteam Nur Kasih 1 Februari 2026 nanti.

“Lagu-lagu Inteam buat saya rasa tenang..” – Mr Okada

Pada sesi soal jawab bersama media, Mr Okada Shotaro turut ditanya, adakah beliau mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam? Sambil ketawa beliau menjawab, “Saya adalah orang Jepun yang tidak pernah mengenali kumpulan Inteam sebelum ini. Tetapi selepas produk ini tular dan berpunca dari konsert Inteam, saya mula mendengar lagu-lagu kumpulan Inteam. Walaupun tidak memahami, tetapi saya sukakan lagu-lagu dari kumpulan Inteam. Ia tenang dan buat saya berasa selesa. Adakalanya saya akan menyembur produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom dan ia melengkapkan pengalaman mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam ini,” jelas Mr Okada.

Continue Reading

Berita

“The Sami Yusuf Circle” – Ruang Eksklusif Untuk Peminat Ke Dunia Kreatif Sami Yusuf

Diterbitkan

pada

Komposer dan penyanyi terkenal, Sami Yusuf, baru-baru ini mengumumkan pelancaran The Sami Yusuf Circle – sebuah komuniti eksklusif untuk ahli (members-only) yang disifatkannya sebagai ruang kreatif eksklusif untuk mendekatkan peminat dengan muzik, idea serta perjalanan di sebalik karya-karyanya.

Menurut perkongsian Sami, Circle diwujudkan bagi membuka peluang kepada peminat untuk berhubung secara lebih dekat melalui sesi live Q&A, live listening session, akses awal pelancaran muzik baharu, dan momen behind-the-scenes dari konsert serta studio—seolah-olah “mengalami perjalanan dari dalam”.

Menariknya, platform ini turut disusun seperti beberapa “ruang” khas untuk ahli, antaranya:

  • The Video Room: rakaman eksklusif, footage belakang tabir dan insight proses kreatif.
  • The Listening Room: podcast eksklusif oleh Sami, perbualan bersama tetamu serta playlist kurasi.
  • The Reading Room: nota peribadi, refleksi, “thoughts of the day”, serta cadangan buku dan muzik setiap bulan.
  • Private Community Chat: ruang komuniti tertutup untuk ahli berinteraksi dan berkongsi pandangan.

Dalam masa sama, Sami juga menyatakan akan berkongsi esei, podcast, nota peribadi, serta compositional insights, termasuk segmen Members’ Spotlight yang mengangkat komuniti sebagai “watak utama”.

Bagi yang mahu mencuba, Circle menawarkan percubaan percuma 7 hari, dengan yuran langganan dinyatakan USD30/sebulan di laman pendaftaran.

Untuk info lanjut dan pendaftaran, rujuk laman rasmi: circle.samiyusuf.art

Continue Reading

Berita

Cinta Ini – Naufal Azrin Buat ‘Come Back’ Demi Peminat

Diterbitkan

pada

Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan karya solo, penyanyi berbakat besar Naufal Azrin akhirnya kembali menyapa peminat menerusi single terbaharu berjudul “Cinta Ini” — sebuah karya penuh emosi yang menandakan kemunculan semula beliau dalam landskap muzik tempatan.

Menariknya, “Cinta Ini” hadir dengan sisi yang lebih matang, sekali gus memperlihatkan perkembangan vokal serta interpretasi Naufal yang semakin kemas. Lagu ini mengangkat tema cinta yang jujur dan mendalam, seolah-olah menjadi “jambatan” buat Naufal untuk kembali mengikat hubungan dengan peminat yang sekian lama menanti kemunculan terbaharunya.

Lebih istimewa, lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Juara Lagu AJL Ke-39, Wan Saleh, yang kian mencuri perhatian menerusi sentuhan muziknya yang segar serta dekat dengan citarasa pendengar masa kini. Gabungan emosi lagu dan karakter vokal Naufal menjadikan “Cinta Ini” sebuah karya yang dijangka mudah melekat di hati.

Dalam perkembangan sama, “Cinta Ini” turut mencatat satu lagi detik penting apabila menjadi single sulung Naufal Azrin di bawah naungan label Negrizen Music. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Naufal di industri muzik, selain membuka ruang untuk memperluaskan jangkauan karya beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Single “Cinta Ini” kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital utama, dan diharap dapat diterima baik oleh pendengar serta menjadi penanda aras baharu buat perjalanan seni Naufal Azrin.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment