Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review Album: Kembara Sedekad Inteam

 

Melalui Sedekad Perjalanan sebagai penasyid bukan mudah. Turun naik sudah menjadi perkara biasa, bahkan ujian-ujian perlu dilalui dengan semangan yang jitu.

Setelah lebih sepuluh tahun, Inteam kini tampil dengan sebuah album yang mendokumentasikan hasil karya mereka yang terbaik. Lantas album kompilasi Kembara Sedekad Inteam dikeluarkan dengan menampilkan 15 buah lagu.

Dua lagu baru menjadi taruhan utama kompilasi ini. Dimulakan dengan ‘killer song’ mereka, Nur Kasih. Lagu yang menjadi kegemaran ramai diberikan nafas baru, dengan susunan muzik yang lebih segar dan laid back. Dan yang pasti, penampilah Munif Ahmad (Hijjaz) yang merupakan tuan punya lagu serta mentor Inteam menjadikan lagu ini kedengaran hebat!

Lagu baru Iftar turut mengambil tempat dalam album ini. Wah nampaknya Inteam sudah pandai menggunakan muzik pop moden ala Maher Zain, siap ada snare hand clap. Lagu berkisar  tentang puasa ini disampaikan dengan mood hype dan kedengaran catchy.

Lagu-lagu lainnya, banyak menghimpunkan karya terbaik Inteam. Secara peribadi, saya amat meminati lagu TanpaMu, Salamun Salam dan Dia Muhammad.

Album yang dikeluarkan dengan bersaiz DVD box ini dijual dengan harga RM24.90 Dapatkan dipasaran sekarang! -Munsyeed{Dot}Com

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago